SG, M’sia perkukuh kerjasama bidang digital, maklumat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SG, M’sia perkukuh kerjasama bidang digital, maklumat

Jan 14, 2022 | 05:30 AM

SINGAPURA dan Malaysia telah mengesahkan semula komitmen untuk menjalin kerjasama lebih kukuh dalam bidang digital dan maklumat bagi menyokong pemulihan pascapandemik kedua-dua negara.

Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Cik Yong Ying-I, dan Setiausaha Agung Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek, telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) kelima tentang Kerjasama Maklumat dan Komunikasi antara pemerintah Singapura dan kerajaan Malaysia semalam.

JCM kali ini dihoskan oleh Singapura dan meneruskan perbincangan daripada mesyuarat sebelumnya yang diadakan dua tahun lalu.

Mesyuarat kali ini membawa tema digital yang kuat, kata MCI dan KKMM dalam kenyataan bersamanya.

Cik Yong dan Dato’ Sri Mohammad membincangkan usaha transformasi digital di negara masing-masing dan meneroka bidang di mana kerjasama digital dua hala dapat melanjutkan pemulihan pascapandemik.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Kedua-dua pihak membincangkan isu berkaitan membolehkan aliran data yang dipercayai antara kedua-dua negara, dan untuk menghubungkan dengan lebih baik ekosistem inovasi dan teknologi masing-masing bagi menyokong perniagaan dan syarikat pemula.

Selain itu, kedua-dua pihak komited untuk melaksanakan projek bagi menunjukkan manfaat kerjasama dalam bidang digital yang berkembang pesat bagi menyokong pemulihan ekonomi masing-masing.

JCM itu juga membincangkan bagaimana penggunaan, pengedaran dan pengeluaran media sedang diganggu oleh teknologi dan wadah dalam talian, termasuk jumlah maklumat yang semakin berkembang dan penularan kepalsuan yang pesat.

Malaysia akan menganjurkan JCM keenam menjelang hujung tahun ini di mana negara itu turut dijadualkan menganjurkan Muzika Ekstravaganza ke-14.

Program hiburan itu adalah sebuah terbitan gabungan tahunan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Mediacorp Singapura.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map