Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK G20

SG mahu longgar sekatan Covid-19 namun pastikan angka kematian kekal rendah

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang berusaha melonggarkan secara bertahap-tahap sekatan berkaitan Covid-19, seperti yang telah dilakukan banyak negara Eropah, termasuk Italy, namun pada masa sama berusaha mengekalkan angka kematian serendah mungkin.



Ini bermakna pembukaan semula akan mengambil masa "sedikit lagi, beberapa bulan", kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



"Namun saya fikir kita akan mencapai tahap itu (pembukaan semula)," ujarnya kepada media Singapura di penghujung sidang puncak Kumpulan 20 (G20) di Rome, Italy, yang berakhir lewat kelmarin.



Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada Singapura boleh mengikuti jalan yang telah diambil oleh hos G20, Italy, yang hampir telah membuka semula kegiatan ekonomi dan sosial.



Pada masa ini, banyak negara Eropah tidak lagi perlu memakai pelitup di luar rumah dan sekatan jarak selamat secara amnya telah ditarik balik, membolehkan kehidupan kembali normal.



Membuat perbandingan antara Italy dengan Singapura, Encik Lee berkata Italy mempunyai penduduk sekitar 60 juta dan telah melaporkan 4.7 juta kes Covid-19 setakat ini.



Ia juga telah melaporkan 132,000 kematian akibat Covid-19.



Terjemahkan angka ini bagi 5.45 juta penduduk Singapura, seseorang boleh menjangka untuk melihat sekitar 440,000 kes jangkitan dan 11,000 hingga 12,000 kematian di negara ini, katanya.



Namun Singapura sejauh ini mencatat 200,000 kes jangkitan dan 407 kematian sehingga Ahad lalu.



"Angka ini bermakna Singapura berada kira-kira separuh jalan daripada kedudukan Italy pada masa ini, dari segi jumlah orang yang sakit dan telah pulih.



"Tetapi dari segi korban jiwa, kita mempunyai angka korban jiwa yang lebih rendah," jelas beliau.



Encik Lee menambah, walaupun selepas Singapura mencapai keadaan lebih terbuka itu, keadaan mungkin sekali lagi boleh berubah.



Keadaan Covid-19 boleh berubah dan ia mungkin boleh mempunyai lebih banyak kejutan buat dunia.



Di Eropah sekarang, kes koronavirus itu semakin meningkat namun pihak berkuasa di situ belum begitu cemas lagi.



Di Eropah Timur, pihak berkuasanya lebih cemas, tetapi di Eropah Barat kes sudah semakin meningkat dan mereka memerhati dengan teliti untuk melihat sama ada mereka perlu mengetatkan sedikit sekatan.



"Ia mungkin berlaku kepada kita juga, tetapi kita menghadapinya satu persatu.



"Setakat ini kita telah mengambil sedikit masa, ia sangat membebankan penduduk kita kerana setiap kali kita fikir kita telah menanganinya, sesuatu yang baru muncul dan kita perlu meneruskan buat sedikit masa lagi.



"Tetapi kita membuat kemajuan dan saya fikir kita mempunyai keyakinan bahawa kita akan dapat sampai ke tahapnya," katanya.



Sementara itu, Encik Lee juga berkata beliau gembira dapat bertemu secara peribadi dengan pemimpin dunia semasa sidang puncak G20 itu.



Katanya, ia satu pengalaman berlainan dan berguna berbanding dengan pertemuan secara maya.



"... ia mencerminkan nilai yang kita letakkan untuk bertemu seseorang secara bersemuka, berbual, berinteraksi secara tidak formal dan memahami tumpuan dan perasaan masing-masing," kata Encik Lee.




"Ia mungkin berlaku kepada kita juga, tetapi kita menghadapinya satu persatu. Setakat ini kita telah mengambil sedikit masa, ia sangat membebankan penduduk kita kerana setiap kali kita fikir kita telah menanganinya, sesuatu yang baru muncul dan kita perlu meneruskan buat sedikit masa lagi. Tetapi kita membuat kemajuan dan saya fikir kita mempunyai keyakinan bahawa kita akan dapat sampai ke tahapnya."
- Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong mengulas mengenai kes koronavirus yang semakin meningkat di Eropah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >