Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SG meterai perjanjian angkasa lepas bersama AS

Mar 30, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Singapura menandatangani Perjanjian Artemis kelmarin, menjadi negara ke-18 menyertai perjanjian antarabangsa yang menetapkan garis panduan bagi penerokaan angkasa lepas bertanggungjawab yang diketuai Amerika Syarikat itu .



Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung semasa lawatan kerja Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, ke Amerika, yang pertama di bawah pentadbiran Presiden Encik Joe Biden.



Singapura berharap dapat bekerjasama lebih rapat dengan rakan kongsi berfikiran sama seperti Amerika dalam industri angkasa lepas, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, wakil Singapura pada majlis itu, lapor The Straits Times.



"Saya berharap dengan menyertai Perjanjian Artemis, Singapura dapat bekerjasama lebih rapat dengan rakan kongsi berfikiran sama seperti AS, bag memajukan perbincangan antarabangsa tentang norma angkasa lepas dan memacu pembangunan sektor angkasa lepas," kata Encik Gan.



Perjanjian itu, yang berdasarkan Perjanjian Angkasa Lepas 1967, meletakkan prinsip bagi kerjasama antarabangsa selamat dan bertanggungjawab dalam penerokaan sivil angkasa lepas. Ia diterajui Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) dan diilhamkan program Artemis, yang bertujuan menghantar manusia ke bulan semula menjelang 2025.



Encik Gan berkata teknologi berasaskan angkasa lepas penting kepada banyak fungsi awam dan pemerintah, sambil menambah bahawa Singapura melihat potensi ekonomi kukuh dalam penerapan teknologi berasaskan angkasa lepas dalam sektor penerbangan, maritim dan lain-lain.



Singapura berusaha mengembangkan "ekosistem angkasa lepas yang agak baru tetapi sedang berkembang pesat-nya", yang mempunyai lebih 50 syarikat dan lebih 1,800 karyawan, tambah beliau.



Bulan lalu, pemerintah mengumumkan ia akan melabur $150 juta dalam menyelidik dan membangun keupayaan angkasa lepas.



Timbalan pentadbir Nasa, Cik Pam Melroy, yang mewakili Amerika di majlis itu, berkata teknologi berasaskan angkasa lepas mewakili industri berkembang pesat di seluruh dunia.



Negara lain dalam perjanjian itu ialah Australia, Bahrain, Brazil, Canada, Israel, Italy, Jepun, Luxembourg, Mexico, New Zealand, Poland, Korea Selatan, Romania, Ukraine, Amiriah Arab Bersatu dan Britain.



Pegawai Jabatan Negara Amerika, Cik Jennifer Littlejohn, yang juga Timbalan Penolong Setiausaha Utama di Biro Lautan dan Alam Sekitar dan Hal Ehwal Saintifik Antarabangsa, berkata pemeteraian perjanjian itu akan membawa perkongsian ruang sivil Amerika dan Singapura ke peringkat selanjutnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >