Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG meterai perjanjian awal beli ubat Covid-19 'sotrovimab'

GSK
Jul 01, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA telah menandatangani satu persetujuan bersama penghasil ubat GlaxoSmithKline Singapore dan firma pengimunan tahap klinikal Vir Biotechnology bagi membeli sejenis ubat untuk merawat pesakit yang mengalami simptom ringan hingga sederhana Covid-19.



Persetujuan pembelian awal itu adalah bagi bekalan ubat yang masih di tahap percubaan sotrovimab, sejenis ubat antibodi monoklonal dos tunggal yang diberi kepada pesakit menerusi infusi intravena, kata GSK Singapore dalam satu kenyataannya semalam.



Ubat itu digunakan bagi merawat pesakit Covid-19 tidak memerlukan rawatan oksigen tambahan tetapi menghadapi risiko mengalami simptom lebih teruk, lapor akhbar The Business Times.



Sotrovimab sedang menjalani proses semakan peraturan penggunaannya oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bagi mendapatkan keizinan awal di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR), kata GSK Singapore.



Pada 26 Mei lalu, ubat itu diberi keizinan bagi penggunaan kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat. Jawatankuasa Penggunaan Produk Perubatan oleh Manusia, Agensi Perubatan Eropah juga telah mengeluarkan pendapat saintifiknya yang positif bagi ubat itu.



Permohonan PSAR oleh penghasil ubat daripada Britain itu turut mengandungi maklumat analisis awal bagi keberkesanannya serta maklumat keselamatan daripada percubaan di fasa tiganya, yang menurutnya dihentikan awal oleh sebuah jawatankuasa penyelidik maklumat bebas Mac lalu atas bukti "sangat berkesan secara klinikal".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >