Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG-M'sia setuju buka sempadan bagi urusan niaga penting dan urusan rasmi

Jul 14, 2020 | 11:16 AM



SINGAPURA dan Malaysia telah bersetuju untuk memperkenalkan Laluan Hijau Timbal Balik (RCL) dan Pengaturan Ulang-Alik Berkala (PCA)  bagi membolehkan perjalanan untuk tujuan urusan perniagaan penting serta urusan rasmi membabitkan kedua-dua negara.



Persetujuan itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan pada Selasa. 



Tarikh 10 Ogos yang ditetapkan itu akan memberi masa buat agensi relevan daripada pemerintah Singapura dan kerajaan Malaysia untuk memuktamadkan tatacara operasi standard (SOP) bagi kedua-dua inisiatif ini, jelas kenyataan tersebut.



Ketetapan itu, protokol kesihatan dan proses permohonan yang terlibat bagi laluan masuk dan keluar dari Malaysia dan Singapura  akan diterbitkan 10 hari sebelum pelaksanaan dibuat.



Dalam pos Facebook, Dr Balakrishnan menulis: "Singapura dan Malaysia berkongsi hubungan akrab yang mendalam dan meluas serta interaksi sesama manusia yang merentas sempadan, justeru pertukaran ekonomi itu adalah penting bagi kedua-dua negara.



"Menerusi urusan perjalanan ini, kami berharap dapat secara progresif dan selamat mengembalikan pertukaran ekonomi dan memenuhi keperluan pelbagai kumpulan masyarakat."



Laluan Hijau Timbal Balik ini akan membolehkan perjalanan bagi tujuan perniagaan penting atau atas urusan rasmi antara kedua-dua negara. Mereka yang layak perlu mematuhi langkah tertentu termasuk mengambil ujian swab Covid-19 di samping menyerahkan jadual perjalanan mereka.



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >