Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG-M'sia setuju izin ziarah atas sebab ihsan mulai 17 Mei

Vivian dan Hishammuddin buat pengumuman dalam pertemuan di sini, butiran lanjut akan diumum tidak lama lagi
May 03, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Malaysia bersetuju membenarkan aturan yang membolehkan rakyat kededua negara merentasi sempadan untuk mengunjungi ahli keluarga atas sebab-sebab ihsan seperti kecemasan kesihatan dan kematian.



Aturan itu akan dilaksanakan mulai 17 Mei ini.



Demikian diumumkan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu sidang akhbar semalam sempena lawatan Datuk Hishammuddin ke sini selama dua hari.



Mereka juga mengumumkan bahawa pertemuan antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin, yang dirancang berlangsung hari ini di Singapura, ditunda.



Dalam kenyataan bersama antara dua negara itu, Dr Balakrishnan dan Datuk Hishammuddin bersetuju mengenai Prosedur dan Syarat Kemasukan bagi Kunjungan Kematian dan Kecemasan Kesihatan Kritikal antara Singapura-Malaysia.



Perjanjian itu menyediakan rangka kerja bagi mempermudah perjalanan antara dua negara itu atas sebab-sebab belas ihsan dan kecemasan.



Dr Balakrishnan berkata butiran lanjut mengenai jenis ujian dan aturan kuarantin yang diperlukan untuk melaksanakan skim itu akan diumumkan tidak lama lagi.



Butiran prosedur dan syarat kemasukan itu akan dikongsi Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) manakala di Malaysia, ia akan dikeluarkan Jabatan Imigresen negara itu.



Dr Balakrishnan berkata skim itu diperlukan kerana hubungan kekeluargaan yang luas antara Malaysia dengan Singapura - ibu bapa, datuk nenek, pak cik, mak cik, dan saudara mara.



"Apabila krisis keluarga berlaku, orang ingin berkumpul bersama keluarga mereka. Oleh itu, dengan mengingati hubungan amat istimewa dan rapat antara rakyat Singapura dengan rakyat Malaysia ini, adalah perlu untuk mempunyai skim seperti ini," kata beliau.



Datuk Hishammuddin pula menjelaskan, Tan Sri Muhyiddin perlu menunda lawatan rasminya ke Singapura kerana perlu memberi tumpuan menangani kes jangkitan Covid-19 yang meningkat di negaranya.



Tan Sri Muhyiddin dan Encik Lee dijangka membincangkan isu berkaitan penyambungan semula perjalanan rentas sempadan secara bertahap, dan memudahkan pergerakan antara kedua-dua rakyat Singapura dengan Malaysia dalam pertemuan yang sepatutnya berlangsung hari ini.



"Kita perlu menekankan bahawa adalah amat mencabar bagi kedua-dua pihak memberikan huraian mengenai pergerakan rentas sempadan yang konkrit dan selamat pada masa ini, dan untuk merumuskan apa yang kita dapat umumkan kepada orang ramai.



"Oleh itu, kami berdua merasakan bahawa adalah lebih tepat bagi kedua-dua perdana menteri bertemu pada tarikh yang lebih lewat, pada masa lebih sesuai, apabila kita boleh mengumumkan keputusan amat penting dan dinantikan ini oleh kedua-dua negara," kata beliau.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Encik Lee dan Menteri Kanan Teo Chee Hean telah mengesahkan hubungan mendalam dan lama antara Singapura dengan Malaysia dalam satu pertemuan dengan Datuk Hishammuddin.



Mereka juga mengalu-alukan pertukaran lanjut antara menteri dan pegawai rasmi dari kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama dalam menangani cabaran Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >