Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG, M'sia usaha iktiraf bersama sijil vaksinasi Covid-19

Ini demi mudahkan perjalanan rentas sempadan pada masa depan; Kededua negara turut setuju bolehkan perjalanan rentas sempadan atas dasar belas kasihan
Mar 24, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Malaysia bersetuju bekerjasama bagi mengiktiraf sijil vaksin demi memudahkan perjalanan rentas sempadan pada masa depan.



Kededua negara turut bersetuju membolehkan perjalanan rentas sempadan atas dasar belas kasihan pada bulan-bulan akan datang.



Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan bertemu Menteri Ehwal Luar Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu mesyuarat di Putrajaya semalam, dan mencapai persetujuan untuk memulakan semula perjalanan rentas sempadan secara progresif bagi golongan lain sebagai tambahan kepada Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).



Dalam satu kenyataan bersama, kededua pihak berjanji terus mengembangkan program vaksinasi nasional masing-masing untuk penduduk jangka panjang, termasuk warga Malaysia yang menetap di Singapura serta warga Singapura yang menetap di Malaysia.



Kededua Menteri telah membentangkan rancangan vaksinasi nasional yang kini dijalankan di negara masing-masing dan membincangkan bagaimana ini boleh memudahkan perjalanan rentas sempadan pada masa akan datang, menurut kenyataan itu.



Butiran operasi Pengiktirafan Sijil Vaksin Timbal Balik, termasuk syarat-syarat terperinci, protokol kesihatan, dan proses permohonan yang diperlukan untuk memasuki Malaysia dan Singapura akan dimuktamadkan oleh kededua pihak.



"Saya berharap apabila kededua Perdana Menteri berjumpa, kami dapat mengumumkan sesuatu," kata Dr Balakrishnan kepada pihak media.



Kededua menteri juga telah membincangkan mengenai sesi Rahad Pemimpin ke-10 yang dijadual diadakan di Singapura tahun ini, dan bersetuju untuk bekerjasama memulakan semula pertemuan dua hala secara fizikal, tambah kenyataan itu lagi.



Mereka juga telah menyemak kerjasama dua hala dan berharap dapat memperkukuh kerjasama supaya dapat beransur pulih dari kesan pandemik global, katanya.



Dr Balakrishnan dan Datuk Hishammuddin juga mengesahkan "hubungan baik dan berlanjutan antara Malaysia dan Singapura" serta menekankan pentingnya memperkukuh kerjasama di mana kededua pihak dapat meraih manfaat dalam mengatasi cabaran yang timbul semasa pandemik ini.



Ini termasuk dengan meneruskan pergerakan orang ramai sementara memastikan kesihatan dan keselamatan warga di kededua negara tetap terjaga, menurut kenyataan itu.



Dr Balakrishnan yang sedang membuat lawatan dua hari ke Malaysia juga dijangka bertemu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Kanan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Encik Khairy Jamaluddin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >