Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG mungkin kadar terbesar bilangan divaksin, giat suntik warga emas

Aug 17, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA mungkin menjadi negara paling ramai jumlah penduduknya yang divaksin di dunia, dengan lebih ramai warga emas menerima suntikan vaksin Covid-19, menurut Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.



Malah, usaha sedang dipergiat untuk memberi vaksin kepada lebih ramai warga emas, termasuk mengerahkan pasukan vaksinasi bergerak ke rumah-rumah golongan tersebut.



Sehingga 14 Ogos, lebih 85 peratus warga emas berusia 70 tahun ke atas sekurang-kurangnya telah menerima satu dos vaksin, sementara bagi yang berusia 60 tahun hingga 69 tahun, jumlahnya lebih 90 peratus, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).



Seramai 80 peratus warga emas berusia 70 tahun ke atas pula menerima kedua-dua dos vaksin dan jumlahnya bagi warga berusia 60 tahun hingga 69 tahun ialah 88 peratus.



"Saya gembira setiap hari kita mendapat sekitar 1,000 lagi warga emas berusia 60 tahun dan ke atas menerima dos pertama mereka... jadi saya rasa mesejnya sampai kepada masyarakat," ujar Encik Ong semasa diwawancara di radio Kiss92 semalam.



Beliau memuji usaha pasukan yang telah mengunjungi rumah warga emas untuk memberi suntikan tersebut dan berkata sekitar 100 relawan doktor dan jururawat tampil bagi menjalankan usaha itu.



Sehingga Sabtu lalu, 75 peratus penduduk Singapura secara keseluruhan telah menerima dua dos vaksin Covid-19 dan seramai 81 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.



Encik Ong berkata sekitar 40,000 dos disuntik setiap hari kini berbanding tempoh paling sibuk sebelum ini dengan 80,000 dos diberikan secara harian.



Jumlahnya berkurangan sedang semakin ramai penduduk sudahpun divaksin.



Walaupun usaha vaksinasi negara ini mencatatkan kemajuan baik, ia sedang mendatar, katanya.



Justeru, beliau menggalakkan lebih ramai mengambil vaksin.



Apabila ditanya tentang suntikan tambahan, Encik Ong berkata ia mungkin diberikan tidak lama lagi kepada golongan yang sistem imun mereka terjejas.



Namun, bagi warga lain, ia bukan sesuatu yang perlu dilakukan dengan segera dan mereka boleh menjangka ia makan masa dalam setahun.



Bagi golongan yang tidak dapat menerima vaksin mRNA seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna, Encik Ong menggesa mereka mempertimbang vaksin bukan mRNA seperti Sinovac, atau menunggu kelulusan vaksin bukan mRNA lain seperti Novavax yang akan makan masa.



Tambahnya, jika bukan akhir tahun ini, beliau menjangka awal tahun depan.



"Jika betul tidak boleh, dan akan ada segelintir begitu, kita hanya perlu tunggu yang lain untuk divaksin kerana apabila orang di sekeliling anda divaksin, anda dilindungi.



"Jadi, apabila kita divaksin, kita bukan sahaja melindungi diri kita, kita sedang membantu melindungi mereka yang tidak boleh divaksin," ujarnya.



Menyentuh tentang isu menggunakan sijil vaksinasi orang lain untuk menjamu selera di kedai, Encik Ong menekankan bahawa sekiranya ditangkap, individu yang terbabit boleh menghadapi tindakan serius.



"Tetapi yang lebih penting adalah jika anda tidak divaksin dan anda pergi ke sekitaran yang mempunyai risiko lebih tinggi seperti ini, anda sedang mendedahkan diri anda. Peraturan ini sebenarnya lebih kepada melindungi mereka yang tidak divaksin," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >