Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG Nasi Lemak: Lelaki kena lima lagi dakwaan libatkan bahan lucah

Oct 29, 2019 | 12:03 PM



SATU daripada empat tertuduh mengongsi bahan lucah di aplikasi Telegram dikenakan lima lagi dakwaan melibatkan pornografi hari ini (29 Oktober).



Ini bermaksud, Liong Tianwei, 37 tahun, kini dikenakan sembilan tuduhan mengedar bahan lucah menggunakan wadah elektronik, lapor The Straits Times (ST).



Dia didakwa mengedar bahan lucah menerusi kumpulan sembang di Telegram, ‘SG Nasi Lemak’ dalam lapan kejadian antara Jun dan Oktober tahun ini.



Hanya satu daripada sembilan tuduhannya tidak menyebut kumpulan sembang itu.



Menurut tuduhannya, dia didapati mengedar bahan lucah di Telegram antara Januari dan Oktober tahun ini.



Dia diberi ikat jamin sebanyak $15,000 dan akan kembali ke mahkamah pada 10 Disember.



Tiga tertuduh lain, Abdillah Sabaruddin, 17 tahun; Justin Lee Han Shi, 19 tahun dan Leonard Teo Min Xuan, 26 tahun masing-masing dikenakan dua dakwaan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >