Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG, NZ perluas kerjasama tangani iklim, ekonomi hijau

Kerjasama yang dipertingkat antara kededua negara diumum PM Lee sempena sidang media bersama PM Ardern
Apr 20, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan New Zealand akan meluaskan kerjasama dalam bidang perubahan iklim dan ekonomi hijau di bawah kerjasama yang dipertingkat (EP).



Kededua bidang itu merupakan tunggak kelima dan terbaru di bawah EP tersebut.



Mengumumkannya, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata perubahan iklim adalah cabaran penting masa kini dengan dua negara itu berkongsi perspektif sama mengenainya.



"Kerjasama lebih kukuh di kalangan negara dunia amat diperlukan untuk melindungi penduduk dan tempat yang paling terdedah di bumi.



"Pada masa yang sama, kami melihat peluang untuk bekerjasama sedang kami menggunakan teknologi hijau dan rendah karbon," kata beliau.



Encik Lee berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, di Istana semalam.



Cik Ardern berada di Singapura bagi lawatan rasmi selama tiga hari bermula kelmarin dan dijadual berlepas ke Jepun hari ini.



EP Singapura-New Zealand kali pertama ditandatangani kededua negara semasa lawatan pertama Cik Ardern ke sini sebagai perdana menteri pada 2019.



Kedua negara sebelum ini telah bersetuju bekerjasama dalam empat tunggak lain iaitu perdagangan dan ekonomi; keselamatan dan pertahanan; sains, teknologi dan inovasi; serta hubungan penduduk dua negara.



Memberi keterangan lanjut, Encik Lee berkata:



"Tunggak kerjasama baru ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk melaksanakan Perjanjian Paris dan bekerjasama untuk merebut ekonomi pertumbuhan dan ekonomi hijau, dan peluang pertumbuhan dalam ekonomi bersih.



"Sebagai permulaan, kami akan bekerjasama dalam bidang seperti teknologi peralihan tenaga, pasaran karbon, pengangkutan mampan dan pengurusan sisa."



Cik Ardern berkata melihat kepada adanya ancaman yang ditimbulkan perubahan iklim, adalah wajar buat kededua negara itu menambah tunggak kelima itu.



Di bawah tunggak itu, katanya, New Zealand dan Singapura akan bekerjasama dalam pelbagai bidang daripada teknologi rendah karbon kepada inisiatif penerbangan mampan termasuk projek penyelidikan bersama mengenai teknologi rendah karbon.



Ini selain kerjasama berterusan berkaitan piawaian hidrogen dan pertukaran maklumat mengenai pelepasan rendah karbon bagi kenderaan dan perkapalan.



"Kita tidak boleh secara kolektif kembali kepada pendekatan perkara-seperti-biasa pelepasan karbon yang tinggi.



"Di peringkat sejagat, kita telah memasuki zaman perlunya bertindak dan ini termasuk sektor swasta juga... tidak ada pemerintah boleh melakukan ini sendirian," tegasnya.



Dalam satu kenyataan bersama dua perdana menteri itu yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA), kededua pemimpin itu mengalu-alukan pembentukan inisiatif bagi kemampanan penerbangan, kerjasama perniagaan dan daya tahan rantaian bekalan.



Mereka juga bersetuju membentuk kumpulan kerja rantaian bekalan peringkat pegawai untuk berkongsi amalan terbaik bagi mengurangkan risiko gangguan rantaian bekalan, terutamanya bagi barangan dan perkhidmatan penting.



Ini selain terus mengukuhkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan.



Menyusuli sidang akhbar itu, Encik Lee menjadi tuan rumah kepada Cik Ardern dalam satu majlis makan tengah hari.



Semalam, Cik Ardern juga mengunjungi Presiden Halimah Yacob di Istana, selain satu hibrid orkid baru juga dinamakan sempena nama beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >