Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG perlu terus cipta semula untuk kekal relevan: Ye Kung

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



TUGASAN besar bagi sebuah bandar seperti Singapura dalam dunia pasca Covid-19 adalah untuk terus mencipta semula agar kekal relevan dan kompetitif, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Ekoran batasan Singapura sebagai sebuah bandar dan negara seluas 730 kilometer persegi, rakyat tiada pilihan untuk memilih di antara pusat ekonomi bandar dengan kehidupan yang aman di luar bandar, menurut beliau.



Encik Ong berkata demikian dalam satu ucaptama mengenai 'Bandar, Negara dan Daya Ketahanan' di forum Singapore Perspectives 2022 anjuran Institut Pengajian Dasar, Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.



Justeru, mengendalikan negara yang berkesan dan mencapai tahap politik yang tepat adalah penting bagi memastikan pulau kecil Singapura ini dapat menampung aspirasi yang berbeza bagi lima juta rakyatnya.



"Daripada terus bertelagah dan bertemu jalan buntu, proses politik harus bersifat membina dan membantu merapatkan perbezaan.



"Objektif politik haruslah membantu negara untuk mencari jalan ke depan walaupun keputusan itu melibatkan banyak pertimbangan sukar," tambah Encik Ong.



"Ini khususnya penting untuk Singapura.



"Untuk mengimbangi kekurangan dalam sumber dan bilangan massa yang strategik, kita mengambil sikap mudah menyesuaikan diri dan perpaduan berdasarkan matlamat dan tindakan.



"Kita mungkin kecil, tetapi kita pantas dan bekerjasama," katanya.



Mengimbas kembali kisah-kisah bandar hebat dulu dan sekarang, Encik Ong berkata Singapura tidak boleh mengikut model sesebuah bandar kerana "kita adalah bandar, kita adalah negeri, kita juga adalah negara satu rakyat, semua dalam satu."



Seperti New York City, Singapura merupakan metropolis moden yang juga nadi ekonomi global yang perlu dihubungkan kepada dunia untuk maju.



Ini sebabnya Singapura harus menjadi seperti telefon bijak yang mengendalikan sistem operasi baik dan menampung semua aplikasi yang penting, jadi ia tidak mudah, walau bukan mustahil untuk keluar dari Singapura.



Ini memerlukan usaha mencipta semula yang konsisten, dengan Singapura memanfaatkan lokasi geografiknya bagi membina hab perdagangan, kemudian mengembangkan industri strategik daripada perkilangan kepada sains bioperubatan dan kini menjadi pusat untuk kewangan mesra sekitaran, jelas Encik Ong.



Daripada pandemik ini, Singapura telah menempatkan dirinya sebagai hab untuk pengilangan dan pengagihan vaksin dan harus merebut peluang untuk memikirkan semula bagaimana ia boleh melakukan tugas dengan lebih baik dan bijak.



Menurut Encik Ong, Singapura harus membina daripada perubahan yang disebabkan oleh Covid-10 dari segi pekerjaan, runcit, pendidikan dan penjagaan kesihatan untuk berubah.



Misalnya, walau selepas krisis kesihatan, gabungan bekerja dari rumah dan dari pejabat telah membolehkan orang ramai mengimbangi kehidupan profesional dan peribadi dengan lebih baik.



Ia juga membolehkan bandar-bandar mengurangkan kesesakan masa sibuk yang menentukan perancangan dan pembangunan prasarana pengangkutan sekian lama, kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >