Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG peruntuk $500j bagi semarak sektor pelancongan

Antara inisiatif termasuk anjur pesta kesejahteraan dan prasarana sukan aksi di Orchard Road
Apr 07, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR $500 juta telah diperuntukkan untuk membuka semula sektor pelancongan Singapura dan menarik pelawat ke sini.



Satu pesta kesejahteraan dan prasarana sukan aksi di Orchard Road - di mana orang ramai boleh meluncur serta bermain luncur air, ski dan snowboard - merupakan antara inisiatif baru yang akan dilancar.



Bercakap di pembukaan Sidang Industri Pelancongan anjuran Lembaga Pelancongan Singapura (STB) di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura semalam, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, berkata pemerintah telah memperuntuk hampir setengah bilion dolar untuk menyokong pemulihan pelancongan dalam beberapa tahun akan datang.



Tambahnya, Singapura akur bahawa perjalanan antarabangsa akan mengambil masa beberapa tahun sebelum ia dapat dikembalikan sepenuhnya.



Namun dalam jangka masa terdekat ini, Singapura harus menarik semula permintaan pelancongan untuk mempercepat pemulihan sektor pelancongan.



Langkah itu menyusuli pembukaan semula sempadan negara ini kepada semua pelawat yang sudah lengkap divaksinasi tanpa memerlukan mereka menjalani ujian Covid- 19 atau kuarantin.



Ketua Eksekutif STB, Encik Keith Tan, berkata Singapura juga perlu membezakan dirinya daripada destinasi lain dan ini akan melibatkan usaha memilih dan menghasilkan tarikan serta acara dengan tumpuan kemampanan dan kesejahteraan, selain mempertahan kedudukan negara ini sebagai hab Dunia-Asia bagi pelancongan perniagaan.



Buat julung-julung kalinya, orang ramai boleh menikmati pelbagai kegiatan yang akan dianjurkan sebagai sebahagian daripada Pesta Kesejahteraan Singapura Jun nanti.



"Kita harus menetapkan status Singapura sebagai syurga kesejahteraan bandar, sebagai bandar yang sibuk namun tetap mempunyai pelbagai tawaran kesejahteraan yang mudah dinikmati semua orang," ujar Encik Keith Tan.



Beliau turut menggesa perusahaan dalam sektor pelancongan untuk meningkatkan kandungan kesejahteraan dalam produk dan kegiatan mereka.



Dalam pada itu, STB juga akan memperkukuh kempen SingapoReimagine, satu kempen pemulihan antarabangsa yang sudah pun menarik perhatian di beberapa negara seperti Australia, India dan Indonesia.



"STB akan melancarkan program insentif baru yang akan menawarkan pengalaman percuma buat pengunjung apabila mereka melawat Singapura untuk menyokong usaha ini," ujar Encik Keith Tan.




Laporan lanjut : STB akan perkenal pelbagai tarikan pelancong




SEKILAS USAHA TARIK PELAWAT SEDANG SEKTOR PELANCONGAN SG DIBUKA SEMULA



  • Hampir $500 juta diperuntuk untuk sokong pemulihan pelancongan

  • Pesta Kesejahteraan pertama Singapura Jun ini

  • Singapura sertai Indeks Kemampanan Destinasi Sedunia buat kali pertama

  • STB lancar Program Kemampanan Pelancongan; antara lain tawar geran untuk tingkat daya saing syarikat, sokong pembangunan dan usaha uji huraian mampan, serta terus didik dan kongsi amalan terbaik seperti menerusi Hala Tuju Kemampanan Hotel Singapura

  • Perkukuh kempen SingapoReimagine

  • STB lancar program insentif baru untuk tawar pengunjung pengalaman percuma apabila mereka lawat negara ini

  • Konsep baru untuk suntik nafas segar kepada destinasi sedia ada seperti prasarana sukan aksi Trifecta di Somerset




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >