Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DAN KANAK-KANAK

SG sedang kaji vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak bawah lima tahun

Jul 23, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) bersama Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Jawatankuasa Pakar bagi Vaksinasi Covid-19 sedang mengkaji keselamatan dan keberkesanan vaksin Covid-19 yang dihasilkan untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun.



MOH berkata demikian baru-baru ini ketika menjawab soalan Berita Harian menyusuli kematian seorang budak perempuan berusia empat tahun setelah dijangkiti Covid-19.



Bulan lalu, MOH berkata ia akan mengkaji penggunaan vaksin Moderna pada kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun dan vaksin Pfizer-BioNTech pada kanak-kanak berumur enam bulan hingga empat tahun.



Ini setelah Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat memperluas pengesahan bagi kedua-dua vaksin itu untuk digunakan bagi kanak-kanak sekecil enam bulan.



MOH telah berkata ia sedang mendampingi pengeluar vaksin supaya ia boleh menjalankan penilaian risiko-manfaat tentang penggunaan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech dan Moderna untuk kanak-kanak yang lebih kecil.



Kelulusan diberikan bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun untuk menerima dua dos pediatrik vaksin Pfizer Disember lalu.



Setiap dos adalah satu pertiga daripada apa yang diterima oleh orang dewasa.



Pada waktu itu, penyelidik dari Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Sekolah Perubatan Duke-NUS juga memulakan kajian pemerhatian mengenai tindak balas imun terhadap vaksin Covid-19 dalam kumpulan kanak-kanak yang berbeza.



Penyelidik itu berhasrat untuk mengkaji 460 peserta berumur lima hingga 16 tahun dalam tempoh 12 bulan untuk mengesan tindak balas imun terhadap vaksin mRNA Pfizer dan keberkesanan vaksin, memantau kesan sampingan dan mengesan jangkitan Covid-19 tanpa gejala dalam kanak-kanak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >