Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK PERNIAGAAN APEX SINGAPURA

SG sedia longgar lebih banyak langkah Covid-19 jika kes terus berkurang: Gan

Hospital masih hadapi tekanan, perlu terus pantau perkembangan dalam hari-hari mendatang
Mar 24, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA bersedia melonggarkan lebih banyak langkah Covid-19 jika trend kes Covid-19 terus berkurangan dan gelombang Omicron semakin reda, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, semalam.



"Gelombang Omicron mula melepasi titik kritikal dan kami mula melihat trend bilangan kes yang berkurangan.



"Hospital masih menghadapi tekanan, jadi kami perlu memantau perkembangan dalam hari-hari mendatang dan jika trend (kemerosotan) ini boleh dikekalkan setiap hari.



"Jika begitu, ini bermakna kami telah melepasi titik kritikal dan kami akan bersedia untuk melihat fasa seterusnya dalam kelonggaran dan kembali kepada keadaan biasa dan bersiap sedia bagi pemulihan," kata Encik Gan.



Beliau berkata demikian di Sidang Asean yang diadakan sempena Sidang Puncak Perniagaan Apex Singapura (SABS) di Marina Bay Sands semalam.



Diadakan secara hibrid, sidang puncak itu merangkumi lima sidang yang bermula semalam dan akan berlangsung hingga esok.



Lebih 3,000 pemimpin perniagaan dan pegawai kanan pemerintah dari 57 negara dan ekonomi, dan lebih 1,600 pertubuhan, telah mendaftar untuk menghadiri sidang puncak itu secara fizikal atau dalam talian.



Acara berskala besar yang boleh dianjurkan itu menunjukkan keadaan yang beransur pulih, kata Encik Gan.



Sedang Singapura melalui pemulihan itu, Encik Gan berkata langkah Belanjawan yang diumumkan bulan lalu bertujuan untuk membantu perusahaan muncul lebih kukuh daripada pandemik.



"Pada masa yang sama, kita perlu melihat ufuk yang lebih jauh, mempersiapkan diri kita bagi pertumbuhan jangka masa sederhana hingga panjang serta transformasi ekonomi kita," ujar Encik Gan.



Kelmarin, Singapura mencatatkan 13,166 kes jangkitan baru Covid-19, naik daripada 7,538 kes pada Isnin lalu.



Kementerian Kesihatan (MOH) juga melaporkan 1,023 kes yang dirawat di hospital, turun daripada 1,062 kes yang dirawat di hospital pada Isnin.



Jumlah kes baru itu turun berbanding Selasa lepas, apabila MOH melaporkan 15,851 kes baru Covid-19.



Bilangan kes pada Selasa cenderung lebih tinggi berbanding sepanjang minggu kerana ia mencerminkan peningkatan jangkitan selepas hujung minggu apabila lebih ramai orang berada di luar dalam pelbagai persekitaran sosial.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 kekal di bawah satu untuk hari ke-21 berturut-turut pada 0.74, meningkat daripada 0.72 hari sebelumnya.



Kadar tersebut merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat untuk minggu lalu sepanjang minggu sebelumnya.



Kadar lebih daripada satu menunjukkan jumlah kes Covid-19 mingguan baru semakin meningkat.



Terdapat enam kematian dilaporkan kelmarin berbanding 10 kematian pada hari sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >