Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG sokong usaha berbilang hala bagi agih vaksin, atasi pandemik: Vivian

Sahkan komitmen S'pura semasa berucap di Sidang Peringkat Tinggi Asia dan Pasifik mengenai Kerjasama 'Belt and Road'
Jun 25, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA terus menyokong usaha berbilang hala dalam pengagihan vaksin, serta komited mengatasi pandemik Covid-19 dan ancaman kesihatan global lain pada masa depan menerusi kerjasama antarabangsa.



Ini dinyatakan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, semasa berucap di Sidang Peringkat Tinggi Asia dan Pasifik mengenai Kerjasama Belt and Road, yang diadakan secara maya kelmarin.



"Singapura percaya terhadap pengagihan vaksin yang adil dan saksama. Ini penting bagi pemulihan global," kata Dr Balakrishnan.



Beliau menambah, Singapura telah memulakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk China, mengenai pengiktirafan bersama sijil kesihatan untuk menyambung semula pelancongan secara selamat.



Dalam ucapannya itu lagi, Dr Balakrishnan menekankan pentingnya memajukan penyepaduan ekonomi dan mengekalkan aliran perdagangan dan pelaburan dengan memperkukuh daya tahan rantai bekalan.



Beliau menarik perhatian peranan yang dimainkan Inisiatif Kesalinghubungan China-Singapura (Chongqing)-Koridor Dagang Darat-Laut Antarabangsa Baru (CCI-ILSTC), yang telah meningkatkan kesalinghubungan sepanjang Belt and Road.



Laluan dagang itu, yang menghubungkan Asia Tenggara dengan Barat China, terbukti menjadi laluan alternatif yang berkesan, katanya.



"Meskipun di tengah-tengah pandemik, laluan itu telah melihat peningkatan 30 peratus dari tahun ke tahun dalam aliran kargo tahun lalu.



"Ia berkedudukan baik untuk meningkatkan lagi kesalinghubungan sepanjang Belt and Road dan lebih daripada itu," ujar Dr Balakrishnan.



Tambahnya, selain kesalinghubungan prasarana, inisiatif Belt and Road itu juga telah memupuk kerjasama lebih kukuh antara Singapura dan China, termasuk dari segi kewangan, kerjasama pihak ketiga dan perkhidmatan profesional.



Dr Balakrishnan turut mengesahkan komitmen Singapura terhadap pembangunan mampan dan sokongan bagi Perjanjian Paris untuk mengatasi perubahan iklim.



"Kami percaya kami semua perlu merebut peluang daripada Covid-19 dan mengorak semula langkah di peringkat global untuk mencapai masa depan lebih mampan," katanya.



Beliau memberi contoh usaha negara ini melancarkan Pelan Hijau Singapura yang menggariskan pendekatan negara terhadap pembangunan mampan.



Singapura juga merupakan pengerusi bersama Perikatan Pembangunan Hijau Antarabangsa Inisiatif Belt and Road, dan negara ini percaya terdapat peluang bekerjasama untuk membangun huraian inovatif dan mampan.



Sidang video kelmarin dipengerusikan oleh Menteri Ehwal Luar China, Encik Wang Yi, dan dihadiri sekitar 29 negara dan pertubuhan antarabangsa seperti Suruhan Jaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik.



Peserta lain juga mengesahkan pentingnya perpaduan dan kerjasama antarabangsa dalam menangani pandemik Covid-19, dan bertukar-tukar pandangan mengenai strategi bagi mengatasi perubahan iklim sambil mempromosi pertumbuhan inklusif.




"Singapura percaya terhadap pengagihan vaksin yang adil dan saksama. Ini penting bagi pemulihan global... Kami percaya kami semua perlu merebut peluang daripada Covid-19 dan mengorak semula langkah di peringkat global untuk mencapai masa depan lebih mampan."
- Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >