Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG suara keprihatinan isu Myanmar sewaktu Mesyuarat Ketua Pasukan Pertahanan Asean

Mar 20, 2021 | 05:30 AM



KETUA Pasukan Pertahanan, Leftenan-Jeneral Melvyn Ong telah menyertai Mesyuarat Ketua Pasukan Pertahanan Asean (ACDFM) ke-18 yang diadakan secara dalam talian pada 18 Mac lalu.



Mesyuarat tersebut merupakan platform penting bagi CDF Asean bertukar pendapat berkenaan isu-isu keselamatan, memperkukuh kerjasama pertahanan dan meningkatkan keselamatan dan keamanan serantau.



ACDFM tahun ini dipengerusikan oleh Brunei Darussalam selaku pengerusi Asean.



"CDF Asean telah menyetujui Pelan Kerja Aktiviti Dua Tahun Tentera Asean dan telah mengeluarkan kenyataan bersama bagi menegaskan komitmen serta tanggungjawab kolektif tentera-tentera Asean dalam menangani cabaran keselamatan di rantau ini," kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu pos di Facebook.



LG Ong, yang disertai Pengarah Perisikan Tentera/Ketua C4I Briged Jeneral (BG) Ng Chad-Son dan Pengarah Operasi Bersama BG Ho Kum Luen, menegaskan keperluan negara-negara Asean terus kekal bersatu dan kohesif.



"Kerjasama antara negara anggota Asean tetap berjalan lancar walaupun di tengah pandemik Covid-19," tambah Mindef.



Semasa mesyuarat itu juga, LG Ong meluahkan kebimbangan serius terhadap apa yang berlaku di Myanmar.



Beliau turut merayu agar pihak berkuasa tentera di negara itu menahan diri daripada menggunakan kekerasan yang boleh mengakibatkan kematian terhadap orang awam yang tidak bersenjata.



LG Ong bukan seorang dalam menyampaikan keprihatinannya terhadap perkembangan situasi di Myanmar.



Pemimpin tentera Asean lain turut melakukan hal serupa, dengan Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto berkata:



"Sebagaimana disampaikan oleh Presiden Republik Indonesia, dan disampaikan kembali oleh Menteri Luar Negeri, keamanan dan keselamatan rakyat Myanmar harus menjadi keutamaan utama."



Antara perkara yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut termasuk pengaruh media sosial dan Internet yang semakin meluas, menjadikan usaha penentangan pengganasan semakin rumit, lapor laman TNI.



Kelompok radikal dan pengganas menjadi semakin sulit dikesan akibat radikalisasi diri dan perekrutan secara tidak langsung yang bermakna mereka tidak lagi memiliki kaitan, ikatan dan jaringan komunikasi yang jelas.



Ini membuat usaha pencegahan pengganasan, deradikalisasi dan penegakan undang-undang semakin rumit.



ACDFM 2021 disertai Vietnam, Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand.



- NUR FATHIN AWALLUDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >