SG sumbang kit uji Covid-19 kepada Myanmar
Mar 05, 2020 | 05:30 AM
SINGAPURA menyumbang bekalan perubatan kepada Myanmar bagi membolehkan doktor mengesan dan menghentikan penyebaran jangkitan koronavirus Covid-19.
Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, pemerintah telah menghantar 3,000 ujian diagnostik dan dua mesin rantaian polimerase (PCR) bagi ujian Covid-19.