Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG terus bangun ekonomi dan hubungan lain di tengah-tengah gangguan Covid-19: Iswaran

Dec 10, 2021 | 10:36 PM



MEMBANGUN  ekonomi, digital dan pengangkutan Singapura menjadi lebih genting pada masa negara ini menghadapi gangguan yang disebabkan Covid-19, kata Menteri Pengangkutan, Encik  S. Iswaran, pada Jumaat (10 Dis).

Negara ini sedang mengukuhkan kerjasama sedia ada melalui perjanjian perdagangan bebas selain membangun hubungan dalam bidang baru yang memberi peluang, yang akhirnya akan mewujudkan peluang pada perniagaan dan rakyatnya untuk meraih  manfaat, tambahnya.





Beliau bercakap kepada media pada satu sidang maya sempena lawatan kerjanya ke Brussels dan London, yang memberi tumpuan kepada usaha Singapura untuk meningkatkan ketersambungan ekonomi, digital dan pengangkutannya.

Menjawab soalan mengenai Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dan bila VTL yang tertunda akan bermula, Encik Iswaran menekankan adalah penting bagi Singapura untuk memahami sifat varian Omicron baru sebelum ia mengambil langkah selanjutnya.





Tiga VTL yang dirancang membabitkan Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) telah ditangguhkan bagi tempoh masa yang belum dipastikan pada 28 November, sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko mengimport varian Omicron ke Singapura.

Singapura juga telah menghentikan peluasan  lanjut skim VTL-nya buat masa ini dan mengetatkan langkah sempadannya ekoran varian baru itu.

“Ia adalah langkah berhati-hati  kita... berhenti seketika, melihat apa yang kita ada, menilai kesan varian baru sebelum kita bergerak ke hadapan,” katanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >