Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USUL MENGENAI MENJAMIN PEKERJAAN DAN SARA HIDUP WARGA SERTA DASAR BAKAT ASING

SG terus tangani kelemahan ekon terbuka, bantu pekerja terjejas

Lawrence Wong: Pemerintah semak dasar bakat asing, adil dan tegas terhadap diskriminasi, pastikan warga terus boleh digajikan
Sep 15, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan terus menangani kelemahan ekonomi terbuka sedang ia cuba kekal terbuka kepada dunia dan membawa manfaat kepada warga, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong.



Berhujah di Parlimen semalam, beliau akur globalisasi bukan "baik semata-mata" kerana meskipun menjadi sebuah hab ekonomi membawa manfaat kepada Singapura, terdapat juga implikasi dan ini termasuk betapa sesetengah warga akan mendapati pekerjaan mereka terjejas.



Tetapi Encik Wong berkata pendekatan betul bagi negara ialah bukan dengan mengekang kemajuan dengan memelihara sesuatu pekerjaan walaupun ia sudah lapuk, sebaliknya dengan bekerja keras untuk melindungi setiap pekerja dan membantu mereka yang terjejas.



"Menerusi cara ini, kita boleh mengembangkan pai ekonomi bagi semua dan pada masa sama, memastikan implikasi akibat globalisasi dan keterbukaan tidak menjadikan ia tidak adil bagi pekerja terjejas," ujar beliau.



Ini pendekatan yang diambil Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), kata Encik Wong.



Beliau menambah bahawa sepanjang sedekad lalu, sekitar 60,000 warga Singapura golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) diberhentikan kerja, tetapi pada masa sama terdapat kenaikan lebih besar, iaitu sekitar 300,000 PMET diambil bekerja.



"Secara keseluruhan, manfaat yang kita raih jauh lebih besar daripada kekurangannya," kata beliau.



Dalam ucapan ketika membentangkan satu daripada dua usul mengenai pekerjaan dan dasar bakat asing Singapura itu, Encik Wong menggariskan tiga cara yang dilakukan pemerintah untuk menangani kekurangan akibat kekal terbuka.



Pertama, pemerintah terus mengemas kini dasar dan peraturan tenaga manusianya bagi menguruskan aliran pemegang pas kerja dan memastikan ia berkaliber.



Singapura juga menyemak dan mengemas kini kriteria pemegang pas kerja dari masa ke masa. Encik Wong berkata tahun lalu gaji kelayakan bagi Pas Pekerjaan dinaikkan dua kali.



Kedua, pemerintah mengamalkan dasar pengambilan pekerja adil dan mengambil pendirian tegas terhadap diskriminasi di tempat kerja.



Menurut Encik Wong, ada rakyat Singapura mengalami diskriminasi itu dan pemerintah akui kesulitan dan kekecewaan mereka.



Beliau menegaskan apabila agensi mengenal pasti petanda bermasalah di sebuah syasrikat, ia meletaknya senarai amatan (watchlist) agar ia dapat diteliti dengan lebih rapi dan isu itu ditangani secara senyap tetapi berkesan.



Encik Wong juga berkata Singapura akan menjadikan peraturan antidiskriminasi di tempat kerja sebagai sebahagian daripada undang-undang, seperti yang diumum Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan bulan lalu.



Ketiga, pemerintah akan melakukan segala-galanya untuk membantu mereka yang terjejas. Encik Wong berkata bagi setiap warga yang kehilangan pekerjaan, kadar pengangguran ialah 100 peratus.



Oleh itu, pemerintah melabur banyak dalam SkillsFuture, gerakan pembelajaran sepanjang hayat negara untuk membantu warga agar kekal boleh diambil bekerja.



Dalam pada itu, Encik Wong menggesa Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai mengelak daripada retorik "antipekerja asing" kerana ia boleh memecahbelahkan warga tempatan dan pekerja asing serta antara rakyat Singapura daripada pelbagai kaum.



NCMP Leong Mun Wai (PSP) telah mengemukakan usul mengenai dasar bakat asing.



Perbahasan itu adalah yang kedua di Parlimen mengenai dasar tenaga manusia asing di Singapura. Yang pertama Julai lalu, juga diusul Encik Leong.



Encik Wong berkata pemerintah tidak boleh menerima usul PSP mengenai dasar bakat asing dan kerana itulah ia membentangkan usul berasingan mengenai isu sama.



"Harap renungkan bagaimana retorik anda boleh memecahbelahkan bukan warga tempatan dan warga asing sahaja, bahkan antara rakyat Singapura daripada pelbagai kaum," kata Encik Wong.



"Nada perkauman dan xenofobia dalam kempen PSP terhadap Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh (Ceca) juga bukan tidak disedari."




CARA PEMERINTAH SINGAPURA KAWAL KEMASUKAN BAKAT ASING



Pemerintah mengawal kemasukan bakat asing, yang diperlukan bagi melengkapi warga tempatan untuk memberi Singapura suntikan tambahan agar dapat terus bertahan di tengah-tengah persaingan global yang semakin sengit, pada setiap peringkat tenaga kerja



1) Peringkat pendapatan bawahan:



  • Singapura membawa masuk pemegang permit pekerja.

  • Meski bilangan agak tinggi, ia diperlukan bagi sektor seperti pembinaan dan marin.

  • Kemasukan golongan ini dikawal melalui kuota dan cukai.

2) Gaji pertengahan



  • Meskipun pekerjaan peringkat ini dilakukan warga Singapura, ia tidak mencukupi.

  • Ia perlu ditokok dengan pemegang Pas S

  • Selain mengawal kemasukan melalui kuota dan cukai, pemerintah mengenakan gaji kelayakan minimum untuk memastikan mereka mempunyai set kemahiran betul dan dalam bidang amat diperlukan negara.

3) Di peringkat gaji tinggi



  • Singapura membawa masuk profesional dengan keupayaan dan kemahiran

  • Instrumen sesuai diperlukan untuk mengawal kemasukan profesional asing dan memastikan mereka berkaliber.

  • Ini dapat dicapai bukan menerusi kuota dan cukai tetapi had gaji kerana jumlah yang sedia dibayar majikan merupakan petanda praktikal bagi mutu.

  • Tahun lalu gaji kelayakan Pas Pekerjaan (EP) dinaikkan dua kali

  • Pemerintah akan terus memastikan gaji kelayakan bagi Pas S dan EP kekal pada rentak sama dengan gaji tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >