Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG tidak rancang tutup sempadan akibat Omicron: Ye Kung

Tiada rancangan perkenal langkah pengurusan selamat berdasar status vaksinasi bagi kanak-kanak; bil perubatan kanak-kanak dijangkiti Covid-19 akan dibiayai pemerintah tidak kira status vaksinasi
Jan 11, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA tiada rancangan menutup sempadannya di tengah-tengah penularan varian Omicron Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di Parlimen semalam.



Negara ini juga akan mengetatkan langkah pengurusan selamat di sini hanya sebagai pilihan terakhir, ujar beliau.



Encik Ong mengulangi bahawa matlamat utama negara ini tetap adalah "hidup bersama Covid-19 sebagai penyakit endemik" meskipun muncul varian Omicron.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) berhubung pendekatan terkini Singapura dalam membendung Covid-19 dan vaksinasi di Parlimen semalam.



"Kita tidak boleh, misalnya, terlalu melonggarkan kegiatan sosial, meniadakan semua sekatan, membiarkan jangkitan meningkat secara tidak terkawal dan membiarkan sistem penjagaan kesihatan menanggung padahnya.



"Kita juga tidak boleh beralih ke tahap ekstrem lain - melindungi sistem penjagaan kesihatan tidak kira harga atau usaha yang diperlukan, melaksana strategi sifar Covid, dan menutup sempadan dan masyarakat kita - yang akan menyebabkan penderitaan besar pada rakyat kita," kata Encik Ong.



Sidang Parlimen yang pertama untuk tahun ini bermula dengan 18 soalan mengenai pandemik Covid-19, termasuk vaksinasi untuk kanak-kanak dan potensi kesan varian Omicron terhadap Singapura.



Encik Ong berkata gelombang jangkitan varian Omicron lebih besar boleh dijangka di sini, namun beliau menambah bahawa varian itu tidak menyebabkan penyakit teruk berbanding varian Delta.



Dalam 4,322 kes Omicron di sini sejauh ini - termasuk 308 warga emas berusia 60 tahun dan ke atas - lapan memerlukan sokongan oksigen dan semuanya tidak lagi memerlukannya selepas beberapa hari, kata Encik Ong. Tiada pesakit memerlukan rawatan di unit jagaan rapi (ICU) sejauh ini.



Sebaliknya jika 4,322 kes itu berlaku disebabkan varian Delta, kata Encik Ong, 50 hingga 60 pesakit dijangka memerlukan sokongan oksigen, jagaan di ICU atau meninggal dunia.



Dari 4,322 kes itu, 2,600 jangkitan Omicron telah diimport ke Singapura, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.



Beliau menambah sumber utama jangkitan import Omicron ialah Amerika Syarikat dan Britain, yang masing-masing menyumbang 16 peratus kes, dan India 11 peratus.



Mengongsi strategi pemerintah dalam menangani varian Omicron, Encik Ong menekankan tentang peri penting vaksinasi dan vaksin penggalak, usaha terus mempertingkat kapasiti penjagaan kesihatan, dan pelaksanaan langkah pengurusan selamat.



Dalam pada itu, beliau berkata pemerintah tiada rancangan buat masa ini untuk memperkenalkan langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah, yang bermakna mereka boleh pergi ke sekolah dan tempat awam, tidak kira status vaksinasi mereka.



Jika kanak-kanak ini dijangkiti Covid-19, bil perubatan mereka akan dibayar oleh pemerintah tidak kira status vaksinasi. Tetapi, mereka harus merupakan warga tempatan, penduduk tetap (PR) atau pemegang pas jangka panjang dan tidak ke luar negara baru-baru ini.



Singapura juga telah menandatangani atau dalam proses merunding perjanjian bekalan bagi ubat antiviral, meskipun butirannya tidak dapat dikongsi atas sebab kerahsiaan, ujar Encik Ong.



Dengan banyaknya ujian pantas antigen (ART) yang dilakukan sendiri, AP Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied), bertanya apakah risiko kes tidak dilaporkan mungkin "agak tinggi". Ini memandangkan ART kian tersedia meluas dan mereka yang diuji positif mungkin tidak terangkum dalam statistik rasmi.



Encik Ong berkata Singapura "tidak boleh melaporkan setiap kes" penyakit endemik, seperti cacar air kerana "itulah maksudnya endemik".



Namun, beliau menambah bahawa ujian kekal penting sebagai satu ukuran konsisten bagi kelaziman virus dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >