Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG timbang jarakkan lagi tempoh antara dua suntikan vaksin Covid-19

Ye Kung: Langkah bertujuan beri lebih ramai orang dos pertama, kajian dapati satu dos dapat beri perlindungan baik
May 17, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang meninjau kemungkinan menjarakkan lagi masa antara dua dos suntikan Covid-19 bagi fasa selanjutnya dalam program vaksinasi nasional, agar lebih ramai orang dapat menerima suntikan dos pertama.



Banyak kajian antarabangsa menunjukkan satu dos boleh memberi perlindungan baik daripada virus itu tanpa mengabaikan keberkesanan vaksin tersebut.



Buat masa ini, jarak antara dua suntikan vaksin anti-Covid-19 itu ialah tiga hingga empat minggu.



Tetapi pakar di Singapura dan luar negara yakin ia boleh dijarakkan lagi sehingga enam hingga lapan minggu.



Menjelaskan demikian dalam satu sidang maya Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian semalam, Menteri Kesihatan baru, yang mula menggalas amanahnya kelmarin, Encik Ong Ye Kung, berkata:



"Strategi sebegini akan membantu melihat pada situasi yang ada sekarang, di mana kita mempunyai lebih banyak kes."



Sungguhpun begitu, beliau memberi jaminan mereka yang telah membuat janji temu bagi suntikan kedua vaksin itu tidak akan terjejas.



"Ini adalah strategi bagi fasa dua program vaksinasi kita menghala ke depan," ujar beliau.



Lebih banyak keterangan akan diumum sejurus selepas segalanya muktamad.



Sidang media semalam ialah bagi mengumumkan pelaksanaan pembelajaran di rumah sepenuhnya bagi sekolah di Singapura mulai lusa.



Encik Ong menambah bahawa fasa pertama program vaksinasi Singapura menjurus ke arah mereka yang lebih memerlukannya, seperti penduduk berisiko tinggi dan mudah dijangkiti, pekerja barisan hadapan, baik di hospital mahupun pelabuhan laut dan lapangan terbang serta sekolah.



"Oleh itu, bagi kumpulan ini, kami ingin memberi mereka perlindungan maksimum, bererti dua dos suntikan.



"Hari ini, kemajuannya baik. Lantaran itu, suku daripada penduduk kita sudah menerima suntikan penuh - dua dos suntikan," tambah Encik Ong.



Sepertiga penduduk pula sudah diberi sekurang-kurangnya satu dos suntikan.



"Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengkaji bagaimana gambaran fasa dua nanti dan satu kemungkinan untuk difikirkan ialah tentang... kita harus cuba yang terbaik bagi memberikan seberapa ramai orang tahap perlindungan baik bagi menentang Covid-19.



"Ini bererti memberi seberapa ramai orang yang boleh satu dos suntikan vaksin Covid-19 tanpa mengurangkan keberkesanannya dan banyak kajian antarabangsa menunjukkan hanya dengan satu dos suntikan, ia membawa kepada perlindungan baik tanpa mengetepikan keberkesanannya," ujar beliau.



Seberapa cepat atau lambat proses vaksinasi dijalankan terhad pada betapa segera atau lambat bekalan vaksin tiba di Singapura.



Menteri Pendidikan baru, Encik Chan Chun Sing, hadir di sidang media maya itu, dan menambah bahawa keterbatasan utama yang dihadapi Singapura ialah bekalan vaksin.



Beliau, bagaimanapun, berkata kapasiti vaksinasi Singapura sentiasa lebih tinggi daripada ketersediaan vaksin berkenaan.



MOH di laman rasminya menjelaskan dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna diperlukan bagi mencapai 'perlindungan optimum' melawan Covid-19.



Buat masa ini, dua dos suntikan vaksin Pfizer dijarakkan 21 hari manakala 28 hari pula diperlukan bagi jarak dua suntikan vaksin Moderna.



Hingga 10 Mei lalu, lebih 1.8 juta orang di Singapura telah menerima suntikan pertama.



Lebih 1.2 juta orang pula telah tamat keseluruhan proses vaksinasi mereka dengan dua suntikan vaksin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >