Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

SG upaya hasilkan penapis pelitup bermutu tinggi jika Covid-19 tambah teruk

Chun Sing: ST Engineering telah dapatkan mesin, pengetahuan membuatnya
Jan 29, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA berupaya menghasilkan penapis pelitup bermutu tinggi dan menyediakannya dua seminggu kepada semua penduduk di sini, jika keadaan pandemik Covid-19 menjadi genting dan bekalan sedunia merosot lebih rendah sekali lagi.



Ini bermakna Singapura mempunyai bekalan penapis berdaya tahan jika keadaan menuntut warga Singapura menggunakan pelitup gred lebih tinggi dan bermutu bagi pembedahan, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.



Penapis yang dihasilkan itu direka untuk digunakan beserta pelitup guna semula, dan ini bermakna Singapura kurang bergantung pada bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan pelitup pembedahan tradisional, kata Encik Chan.



Menerangkan peri penting perkembangan itu, Encik Chan berkata Singapura berdepan dengan kekurangan genting dalam rantaian bekalan apabila ia mula menghasilkan pelitup pembedahan tahun lalu.



Ini kerana ia tidak dapat membeli bahan polipropelina yang dihasilkan menggunakan tiupan gas kelajuan tinggi, atau meltblown polypropylene, yang digunakan sebagai lapisan penapis bagi pelitup pembedahan biasa.



Namun ST Engineering kini telah mendapatkan mesin dan pengetahuan menghasilkan penapis itu, yang mutunya boleh setara dengan produk serupa lain dalam pasaran, kata Encik Chan.



Penapis yang dapat dihasilkan di sini lebih ringan dan memudahkan pernafasan, tetapi mempunyai keupayaan penapisan lebih tinggi.



Malah, Singapura boleh menghasilkan penapis ini pada harga kompetitif, kata Encik Chan.



Beliau berkata demikian semasa bertemu wartawan pada akhir kunjungannya ke ST Engineering semalam.



Menurut Encik Chan, Singapura mula merancang menghasilkan pelitup pembedahan pada skala besar tahun lalu apabila bekalan pelitup sedunia berkurangan pada bulan-bulan pertama pandemik itu menular.



Mesin untuk menghasilkan pelitup itu tiba di Singapura pada separuh kedua tahun lalu.



Pada masa sama, para saintis perlu memikirkan formula terbaik untuk membuat penapis baru itu.



"Pada awalnya, kami menyangka kami boleh membuat (penapis) hanya dengan membeli mesin," kata Encik Chan.



"Namun, kami dengan cepat sedar bahawa kami perlu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sains sebalik penapis ini berfungsi untuk membolehkan kami menghasilkan campuran sewajarnya untuk menghasilkan bahan yang diingini."



Penapis baru itu, yang dibuat menggunakan polipropelina, direka supaya boleh dimasukkan ke dalam pelitup guna semula dan secara purata, boleh digunakan selama tiga hari.



Polipropelina itu diperolehi dalam bentuk pelet, yang menurut Encik Chan boleh diperolehi dengan mudah dari serata dunia dan pada masa depan, boleh dihasilkan sendiri oleh loji kimia khas di Pulau Jurong.



Dalam pada itu, Encik Chan berkat penapis baru itu tidak akan diagih kepada warga Singapura pada masa ini kerana pelitup guna semula yang diberikan sebelum ini masih memberikan perlindungan mencukupi bagi keperluan negara semasa pandemik ini.



Encik Chan berkata keadaan di Singapura belum pada tahap di mana pelitup baru itu perlu diagih.



"Kami harap kita tidak akan sampai ke tahap itu," tambah beliau.



Sebaliknya, negara ini akan menambah simpanan stok penapis tersebut bagi kegunaan pada masa depan.



"Kami belum perlu melakukan ini (edar pelitup baru itu), tetapi kami selalu berfikir ke hadapan kerana ini adalah titik waktu sangat mencabar kerana virus itu telah bermutasi ke pelbagai bentuk," kata Encik Chan.



"Kami ingin memastikan kita mempunyai bahan-bahan yang diperlukan sekiranya kami perlu memberikan tahap perlindungan lebih tinggi bagi rakyat kita."



Menambah, Encik Chan berkata pembangunan keupayaan domestik untuk menghasilkan penapis bagi pelitup itu adalah sebahagian proses berterusan memperkukuh rantaian bekalan negara.



Singapura mengamalkan proses pemikiran sama bagi setiap produk yang dianggap genting bagi keperluan negara ini, kata beliau.




"Kami belum perlu melakukan ini (edar pelitup baru itu), tetapi kami selalu berfikir ke hadapan kerana ini adalah titik waktu sangat mencabar kerana virus itu telah bermutasi ke pelbagai bentuk. Kami ingin memastikan kita mempunyai bahan-bahan yang diperlukan sekiranya kami perlu memberikan tahap perlindungan lebih tinggi bagi rakyat kita."
- Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.




COVID-19 DI S'PURA - 28 JAN



JUMLAH KES BARU: 34



DALAM MASYARAKAT: 0



IMPORT: 34



DI DORMITORI: 0



KEMATIAN: 29



KES KESELURUHAN: 59, 425 (hingga 12 tengah hari semalam)



* Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.beritaharian.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >