Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SG, Vietnam tinjau longgarkan sekatan perjalanan bagi niaga, riadah: Vivian

Jun 24, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Vietnam sedang meneroka pilihan melonggarkan sekatan perjalanan bagi perniagaan dan melancong ke tempat tertentu dalam beberapa bulan akan datang, kata Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan semalam.



Namun, rancangan itu bergantung berapa pantas Vietnam boleh memvaksin penduduknya, ujar Dr Balakrishnan semasa bercakap kepada media pada akhir lawatan empat hari beliau ke ibu negara Vietnam di Hanoi.



Semasa lawatan itu, beliau melakukan kunjungan ke atas Presiden Nguyen Zuan Phuc, yang baru dilantik, Perdana Menteri Pham Minh Chinh dan Timbalan Perdana Menteri Pham Binh Minh.



Dr Balakrishnan berkata kededua negara berkongsi strategi serupa untuk mengekang pandemik, termasuk mengadakan ujian secara intensif, mengenakan kuarantin dan menjalankan vaksinasi beramai-ramai.



Vietnam juga telah melaksana langkah ketat di dalam negeri, seperti menutup perniagaan yang dianggap kurang penting dan menyekat perhimpun, ia menentang penularan koronavirus paling teruk di sana.



Penularan itu berlaku akhir April lalu, dan bermula dari kelompok di gereja di Bandar Ho Chi Minh dan kilang-kilang di utara negara itu.



Buat masa ini, hanya sekitar 2 peratus daripada penduduknya yang seramai 98 juta telah divaksin.



"Kami juga telah berbincang, dalam beberapa bulan akan datang, mungkin hujung tahun, bagaimana kita boleh secara berperingkat dan selamat membuka semula perjalanan, terutama perjalanan perniagaan dan mungkin pelancongan ke beberapa tempat tertentu.



"Namun, perkara utama ialah Vietnam memerlukan sedikit masa lagi untuk mempergiat program vaksinasi. Justeru, kita akan menanti hingga mereka bersedia," kata Dr Balakrishnan.



Dalam pada itu, Dr Balakrishnan berkata kededua negara sedang berhubungan di peringkat kerja untuk mengusahakan sistem pengiktirafan bersama bagi sijil vaksinasi dan hasil ujian, untuk membina keyakinan bagi pembukaan semula sempadan.



Berdasarkan undang-undang baru yang diumumkan pada 7 Mei, pendatang tiba di Singapura dan telah berada di Vietnam selama 21 hari berturut-turut sebelum itu, dikenakan kuarantin 21 hari di pusat khas.



Namun, mereka diberi kelonggaran menjalani kuarantin bagi tujuh hari terakhir di tempat penginapan sendiri.



Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (MOH) semalam mengumumkan pendatang dari semua negara, kecuali Australia, Brunei, Hong Kong, Macau, China dan New Zealand, kini tidak lagi dikenakan kuarantin Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) 21 hari.



Mereka hanya dikenakan kuarantin 14 hari di pusat khas dan dibenar menamatkan kuarantin jika hasil ujian reaksi berantai polimerase (PCR) yang diambil pada hari ke-14 di sini negatif.



Vietnam sekarang menggantung kemasukan ke negara itu bagi semua warga asing kecuali diplomat, pelabur, pakar dan pekerja berkemahiran.



Dr Balakrishnan berkata Vietnam juga telah melahirkan minat terhadap teknologi Singapura, termasuk kit ujian pernafasan, atau breathalyser.



Singapura akan membantu Vietnam dalam usaha mendapatkan dan menilai teknologi itu, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >