Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

SGH: Tiada kes hepatitis C baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SGH: Tiada kes hepatitis C baru

Oct 16, 2015 | 09:21 AM

HOSPITAL Besar Singapura (SGH) berkata ia tidak menemui sebarang kes baru hepatitis C selepas menjalankan satu siri ujian ke atas pesakit dan kakitangan yang dikhuatiri telah terdedah kepada virus bawaan darah itu.

Dalam satu kenyataan pada Khamis (15 Okt) malam, SGH berkata 473 daripada 678 pesakit telah diuji. Para pesakit itu dimasukkan ke wad ginjal - 64A dan 67 - hospital tersebut antara Januari hingga Jun.

Seramai 408 daripada 473 pesakit itu didapati negatif bagi virus hepatitis C dan mereka telah dimaklumkan. Hasil ujian 65 pesakit belum selesai.

Selain itu, 282 daripada 319 kakitangan telah diuji. Hasil ujian 277 daripada mereka sudah siap, dan mereka semua juga negatif bagi virus tersebut.

Minggu lalu, SGH mendedahkan bahawa 22 pesakit ginjalnya telah dijangkiti hepatitis C ketika menerima rawatan di hospital itu.

Lapan daripada mereka telah meninggal dunia, dengan lima kematian itu boleh dikaitkan dengan jangkitan tersebut.

Perkara itu sedang disiasat Kementerian Kesihatan dan sebuah Jawatankuasa Kajian bebas.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3