BURSA Singapura (SGX), bersama Persatuan Bank Singapura (ABS), Institut Akauntan Bertauliah (ISCA), Institut Pengarah Singapura (SID) dan Persatuan Undang-Undang Singapura melancarkan panduan mencegah perdagangan dalaman atau insider trading.
Panduan itu antara lain mengandungi prinsip dan garis panduan disyorkan untuk membantu syarikat dan penasihat mengekalkan kawalan ke atas aliran maklumat sulit, menyekat kakitangan yang berurusan dengan sekuriti syarikat dan mewujudkan budaya pematuhan, kata SGX semalam.