Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shafie Shamsuddin anggap jawatan baru sebagai pengarah urusan Aeon M'sia satu amanah

Dec 24, 2019 | 03:36 PM



KETUA pegawai eksekutif (CEO) berpengalaman Singapura, Encik Shafie Shamsuddin, akan menyandang jawatan baru sebagai pengarah urusan syarikat runcit Aeon Malaysia mulai 1 Januari.





Penerima Anugerah Jauhari Berita Harian pada 2010 itu, yang berumur 49 tahun, mengambil alih daripada Encik Shinobu Washizawa, yang akan bersara.





Beliau, yang menyertai Aeon Asia sebagai ketua pegawai strategi pada 1 Julai lalu, memberitahu Berita Harian peranan dan tanggungjawab baru itu ialah satu amanah di tengah-tengah landskap runcit yang sedang berubah.





“Runcit kini berada dalam tempoh keghairahan tinggi dan potensi dinamik. Kami harus terus belajar untuk melihat daripada pelbagai lensa bagi mewujudkan nilai baru.





“Pekerjaan akar umbi dalam runcit konvensional berpeluang bersepadu dengan Runcit Baru apabila kepimpinan menyediakan peralihan budaya dalam sekitarannya,” ujar Encik Shafie.





Sebelum menyertai Aeon, beliau merupakan pengarah presiden dan CEO PT Trans Retail Indonesia dari 2013 hingga tahun ini.





Encik Shafie berpengalaman selama 16 tahun dalam Carrefour Group, dengan menyandang jawatan CEO Carrefour di Singapura, Malaysia dan Indonesia, sebelum dilantik pengarah eksekutif pengurusan bakat global dan pembangunan pertubuhan syarikat itu di Paris, Perancis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >