Shanmugam arah polis siasat serangan atas pelajar madrasah, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Shanmugam arah polis siasat serangan atas pelajar madrasah

Apr 02, 2016 | 11:19 AM

MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang Encik K Shanmugam semalam mengarahkan polis menjalankan siasatan menyusuli kejadian serangan ke atas tiga pelajar Madrasah Al-Maarif oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menerusi kiriman Facebook lewat malam Jumaat Encik Shanmugam berkata beliau dimaklumkan tentang kejadian itu yang dikatakan berlaku pagi Jumaat di sebuah tempat awam.

"Buat masa ini motif serangan belum lagi jelas.

"Saya telah mengarah polis menyiasat perkara ini. Kita akan memastikan keadilan dicapai," katanya.

Awal dari itu, Madrasah Al-Maarif dalam kiriman Facebook berkata pihaknya telah menghubungi ibu bapa tiga pelajar perempuan yang terjejas dan telah memberi pelajar berkenaan kaunseling.

Discover Malay Home Based Businesses

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map