Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam bakal buat kenyataan menteri mengenai kes Parti Liyani di Parlimen

Sep 16, 2020 | 10:28 PM




MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam pada Rabu (16 September) berkata beliau akan membuat kenyataan menteri di Parlimen mengenai kes melibatkan bekas pembantu rumah Parti Liyani yang baru-baru ini dilepaskan daripada tuduhan mencuri.




Beliau berkata adalah baik bagi Parlimen membincangkan perkara tersebut, katanya kepada wartawan di satu acara Home Team, lapor The Straits Times.



Kenyataan itu dibuat setelah beberapa Anggota Parlimen (AP), termasuk pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim, berkata mereka telah memfailkan soalan dan usul bagi membahaskan kes itu di Parlimen dalam sidang seterusnya yang dijadualkan berlangsung bulan depan.



Kes jenayah tersebut, di mana keluarga ahli perniagaan terkemuka Liew Mun Leong menuduh Cik Parti mencuri barangan berjumlah $34,000, telah mencetus kekecohan dan menimbulkan persoalan mengenai perlakuan sistem keadilan terhadap orang yang kurang berkemampuan.



Cik Parti telah dibebaskan daripada semua tuduhan oleh Mahkamah Tinggi. 



Ketika menjawab pertanyaan wartawan, Encik Shanmugam berkata adalah baik untuk "menyatakan secara terbuka apa yang terjadi dan menangani soalan-soalan itu".



Awal daripada itu, WP dalam satu kenyataannya berkata Cik Lim, AP GRC Aljunied, telah memfailkan usul untuk membicarakan isu ekuiti dalam sistem keadilan jenayah.




AP lain yang telah memfailkan soalan mengenai kes Cik Parti termasuk AP Bukit Batok Murali Pillai, AP GRC Sembawang Vikram Nair dan AP GRC Jurong Tan Wu Meng.




Encik Murali ingin bertanya tentang apa yang terjadi dalam penyiasatan kes itu, manakala Encik Nair ingin tahu apa yang telah ditemui oleh semakan dalaman Kementerian Undang-Undang mengenai pengendalian perkara itu oleh Pejabat Peguam Negara, lapor The Straits Times.



Dr Tan pula berkata di laman Facebooknya bahawa beliau telah menemui penduduk Clementi “yang merasa sangat bimbang” dengan apa yang berlaku dalam kes itu, sambil menambah beliau telah meminta statistik pembantu rumah yang dituduh mencuri.



Menurut Encik Shanmugam, adalah baik kedua-dua AP Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan WP berminat dalam kes tersebut.



Minggu lalu, beliau berkata pihak berkuasa memandang serius komen Hakim dan akan meneliti kes tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >