Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BERITA

Shanmugam: Banduan jalani pemulihan dalam masyarakat naik 42% tahun lalu

Apr 23, 2021 | 05:30 AM

JUMLAH banduan menjalani pemulihan dalam masyarakat telah meningkat sebanyak 42 peratus tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, dengan kadar penyelesaian bagi program berasaskan masyarakat mencapai lebih 90 peratus, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam semalam.

Demikian diumumkan Encik Shanmugam ketika berucap di pelancaran rasmi kemudahan penjara bersepadu baru Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), Kompleks Selarang Park, semalam.

Kompleks itu mula beroperasi sepenuhnya sejak September tahun lalu.

Dalam ucapannya, Encik Shanmugam berkata:

"Ini adalah statistik penting, dan ini adalah pembangunan yang positif. Saya sangat gembira.

"Saya fikir ia menegaskan pendekatan SPS terhadap pembetulan dalam masyarakat, usaha Reben Kuning Singapura (YRSG) dalam menyediakan latihan kemahiran dan bantuan pekerjaan, dan sokongan daripada rakan masyarakat yang berbeza kami."

Di hujung tempoh hukuman penjara, banduan berpeluang kembali ke dalam masyarakat untuk menjalani program berasaskan masyarakat seperti Skim Pelepasan Kerja, Skim Tahanan Rumah dan Skim Rumah Tumpangan.

Program tersebut bertujuan memberi banduan masa untuk menampung diri mereka, mengintegrasi semula dalam masyarakat sementara di bawah penyeliaan dan dengan beberapa syarat terikat kepada pergerakan mereka.

Encik Shanmugan menambah bahawa kadar residivisme selama dua tahun bagi pesalah dadah kali pertama dan kali kedua telah merosot sebanyak 8 peratus - daripada 36.9 peratus kepada 28.9 peratus - setelah mengikuti rejim pemulihan dadah yang dipertingkat.

Ini menurut satu tinjauan SPS dan Biro Narkotik Pusat (CNB) mengenai regim pemulihan itu baru-baru ini.

Di bawah regim pemulihan dadah yang dipertingkat itu, banduan dapat menjalani program pembetulan berasaskan psikologi dan latihan kemahiran, serta menerima sokongan keluarga dan khidmat agama.

"Bagi mereka yang menjalani regim yang dipertingkat itu, anda akan melihat hasil yang jelas," kata Encik Shanmugam.

Beliau menyatakan peningkatan yang ketara dalam kadar residivisme di Pusat Pemulihan Dadah (DRC) adalah "contoh pendekatan yang kami ambil."

"Tiada ideologi. Satu-satunya ideologi yang ada adalah kami berusaha memperbaiki kehidupan orang, dan mudah-mudahan mereka tidak kembali, supaya mereka dapat memenuhi potensi mereka.

"Tetapi, bagaimana kita mencapainya tidak berdasarkan ideologi atau pratanggapan (preconceived notions), ia berdasarkan sains, bukti dan statistik - kami mengukur," katanya lagi.

Encik Shanmugam menambah terdapat rancangan untuk memperkenalkan skim baru iaitu Skim Persediaan Pekerjaan.

Skim itu adalah versi lanjutan kepada Skim Pelepasan Kerja.

"Skim baru ini akan membenarkan banduan menjalani peningkatan kemahiran, melanjutkan pendidikan mereka, meningkatkan peluang pekerjaan mereka semasa di bawah program berasaskan masyarakat. Mereka akan lebih bersiap sedia menangani pekerjaan selepas mereka keluar penjara," kongsinya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3