Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Thum Ping Tjin bertemu Mahathir: Perbuatan Thum 'sedikit menyedihkan' dan 'sedikit dikesali', kata Shanmugam

Sep 02, 2018 | 05:00 PM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pada Ahad (2 Sept) mempersoalkan pertemuan ahli sejarah Dr Thum Ping Tjin dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan menyifatkan kelakuan Dr Thum sebagai “agak sedih” dan “agak disesali”.



Dr Thum dan wartawan bebas Cik Kirsten Han ialah sebahagian kumpulan yang menemui Dr Mahathir di Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya Khamis lalu.



Selepas mesyuarat itu, Dr Thum telah menulis di Facebook bahawa beliau telah meminta pemimpin Malaysia itu “untuk mengambil kepimpinan di Asia Tenggara untuk mempromosikan demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat”.



Mengulas isu di sebuah acara akar umbi semalam, Encik Shanmugam berkata: “Anda tahu, kita boleh mempunyai perbezaan politik di Singapura, itu biasa.

“Tetapi saya fikir kita tidak boleh keluar dan mengundang seorang asing, seorang ahli politik asing, untuk campur tangan dalam politik domestik kita. Saya fikir itu satu perkara tidak boleh diterima sama sekali (a no-no).”



Komen Encik Shanmugam itu menyusuli catatan Facebook Anggota Parlimen GRC Marine Parade Encik Seah Kian Peng kelmarin (1 Sept) yang mempersoalkan usul Dr Thum bahawa rakyat Singapura juga harus bersukacita pada hari kemerdekaan Malaysia, antara lain.



Encik Seah berkata beliau “kagum Dr Thum dan penyokongnya harus menyatakan bahawa Singapura adalah sebahagian daripada Malaysia (atau Malaya)”.



“Saya tertanya-tanya apa pandangan sejarah mendalam yang mendorongnya untuk membuat pengakuan ini kepada Dr M, yang pandangannya mengenai Perjanjian Air dengan Singapura, serta Singapura mengetahui kedudukannya berhubung Malaysia memang dikenali,” tulis Encik Seah.



Kumpulan yang berjumpa Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya itu termasuk aktivis politik dan sosial Malaysia, Encik Hishamuddin Rais, dan bekas pemimpin kesatuan pelajar, Encik Tan Wah Piow, yang melarikan diri dari Singapura pada tahun 1976 selepas gagal membuat laporan untuk pendaftaran negara dan dilucutkan kewarganegaraan pada tahun 1987.



Kumpulan yang menemui Tun Dr Mahathir itu juga mengundang Dr Mahathir untuk membuka rasmi sidang pada tahun depan mengenai isu membuka ruang demokratik di negara Asia Tenggara, dan menyampaikannya dengan dokumen bertajuk Piagam Rakyat Bagi Asia Tenggara.



Encik Seah turut menarik perhatian Dr Thum telah menyiarkan ucapan luar biasa di Facebook sehari selepas pertemuan dengan Dr Mahathir.



“Pada 31 Ogos, hari kebangsaan Malaysia, beliau menyampaikan ucapan yang luar biasa, ‘Selamat Hari Merdeka kepada rakyat bekas Persekutuan Malaya’, dan mencadangkan agar warga Singapura turut bersukacita pada hari itu kerana ia adalah ‘hari kemerdekaan tidak rasmi’ di Singapura.



Encik Seah juga menyatakan bahawa anggota Parti Demokrat Singapura (SDP) Cik Teo Soh Lung telah menulis komen dalam video di laman Facebook The Online Citizen: “Singapura adalah sebahagian daripada Malaya la”.



Dalam catatan blog semalam, Cik Han berkata dia terkejut dengan pos Encik Seah itu, sambil menambah bahawa beliau nampaknya salah faham mengenai sifat pertemuan dengan Dr Mahathir itu.



“PJ tidak mengatakan bahawa dia meminta Mahathir untuk membawa demokrasi ke Singapura, dan saya tidak mendengarnya berkata demikian semasa mesyuarat itu,” katanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >