Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam bidas WP belum keluarkan akaun memuaskan AHPETC walau setahun pun

Sep 04, 2015 | 09:52 AM



DI satu-satunya tempat Parti Pekerja (WP) berkuasa, semuanya salah, kata Menteri Undang-undang merangkap Hal Ehwal Luar, Encik K. Shanmugam, pada Khamis (3 Sep).


Dalam ucapan yang ditujukan kepada WP kerana tidak berterus terang dalam jawapannya mengenai pengurusan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC), beliau berkata: "Mereka belum mengeluarkan akaun yang disahkan juruaudit tanpa teguran walau setahun pun."


"Mengapa kamu merahsiakan maklumat daripada juruaudit kamu sendiri? Mengapa kamu mengatakan bahawa kamu enggan memberi maklumat mengenai isu-isu utama.


"Mengapa Mahkamah Tinggi mengatakan kamu telah memperdaya Parlimen? Bukan saya yang mengatakan ini," ujar Encik Shanmugam, yang mengetuai pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Nee Soon.


Beliau berkata demikian dalam sidang media untuk mengumumkan manifesto pasukannya bagi GRC itu dan rancangan mempunyai lebih banyak kemudahan pengangkutan dan masyarakat untuk penduduk Nee Soon bagi tempoh lima tahun seterusnya.


AHPETC menjadi isu dalam pertikaian antara pemerintah dan WP sejak 2013 mengenai perakaunan dan tadbir urusnya.


WP kini menguruskan sendiri majlis perbandaran itu selepas kontraknya dengan ejen pengurusan FM Solutions and Services (FMSS) tamat Julai lalu. Namun, akaun AHPETC masih belum disahkan oleh juruauditnya sendiri tanpa teguran.


Rabu lalu dalam rapat WP, para pemimpinnya cuba mempertahan pendirian mereka dan mematikan apa yang mereka sifatkan sebagai kepalsuan, atau mitos, yang disebar PAP mengenai majlis bandaran itu.


Ketua WP, Encik Low Thia Khiang, misalnya, berkata tidak ada salah laku dalam pengurusan AHPETC.


Semalam, Encik Shanmugam berkata: "Jadi, anda boleh buat apa sahaja selagi anda tidak dimasukkan ke dalam penjara. Itulah standard yang WP telah ditetapkan bagi calon-calon mereka.


"Mari kita lihat standard itu, dan jelas bahawa mereka telah berkelakuan mengikut standard itu.


"Mahkamah Tinggi berkata Cik Sylvia Lim (pengerusi WP) memperdaya Parlimen, tidak jujur. Beliau tidak memberi respons mengenai perkara itu. Ya, anda tidak dimasukkan ke penjara disebabkan perkara itu. Itu tidak salah?


"Satu lagi pemerhatian Mahkamah Tinggi ialah jika kelakuan itu berlaku di sebuah syarikat awam, ia mungkin akan menarik hukuman jenayah."


Sifat-sifat seperti kejujuran, integriti dan ketelusan penting, ujar Encik Shanmugam, apabila ditanya apa pengundi perlu cari pada diri calon. Ini bermakna "tidak mengelak dan lari daripada isu-isu sepanjang masa dan berharap orang ramai tidak akan perasan".


"Jelas sekali mereka fikir ia satu isu serius dan mereka perlu meyakinkan pengundi. Itulah sebabnya mereka menghabiskan masa yang lama menjelaskan pada rapat malam tadi. Tetapi mereka memilih untuk melakukannya semasa rapat, di mana mereka tidak perlu jawab apa-apa soalan," katanya.


"Mereka lari daripada disoal dalam Parlimen, mereka lari daripada soalan oleh media, dan mereka berdiri di pentas rapat dan berkata macam-macam perkara. Biarlah rakyat Singapura fikir mengenai perkara ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >