Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Shanmugam: Dakwaan AP Parti Pekerja polis silap tangani kes serangan seksual akan disiasat

Oct 05, 2021 | 05:30 AM



POLIS akan menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Cik Raeesah Khan (GRC Sengkang) bahawa polis silap menangani satu kes serangan seksual, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam di Parlimen semalam.



Beliau berkata, berdasarkan rekod polis, tidak ada kes sedemikian seperti yang digambarkan Cik Raeesah.



Cik Raeesah telah memberitahu Parlimen semasa perbahasan mengenai pemberdayaan wanita pada 3 Ogos lalu bahawa beliau menemani seorang mangsa pemerkosaan berusia 25 tahun ke balai polis untuk membuat laporan tiga tahun lalu, dan pegawai polis yang mewawancara mangsa dikatakan telah membuat komen yang tidak sesuai mengenai pakaiannya dan bahawa dia telah minum arak.



Encik Shanmugam meminta Cik Raeesah mendedahkan beberapa butiran mengenai kejadian yang didakwa itu, termasuk balai polis yang beliau kunjungi bersama mangsa, butiran mengenai pegawai polis yang terlibat, sama ada beliau telah membuat aduan tentang kejadian tersebut, serta anggaran tarikh kejadian itu berlaku.



Menteri itu berkata beliau faham dan berempati dengan perlunya mengelakkan mangsa daripada kembali merasa trauma, dan bahawa siasatan terhadap kejadian itu tidak perlu melibatkan pengungkapan nama mangsa secara terbuka.



Tetapi beliau menambah pemerintah memandang serius tuduhan sedemikian mengenai polis dan penting untuk mengenal pasti pegawai yang terlibat, mendapatkan versi cerita mereka agar adil kepada mereka dan mengambil langkah lebih lanjut bergantung kepada fakta.



Speaker Tan Chuan-Jin juga memberi jaminan kepada Cik Raeesah bahawa beliau tidak diminta untuk menyatakan nama atau sebarang butiran yang akan mengenal pasti mangsa.



Cik Raeesah kemudian berkata ceritanya adalah benar tetapi berulang kali menolak untuk mendedahkan butiran lebih lanjut - termasuk balai polis yang mereka kunjungi - disebabkan oleh isu kerahsiaan.



Beliau juga berkata beliau belum berjaya menghubungi mangsa.



Encik Shanmugam berkata beliau akan membiarkan perkara itu buat sementara waktu, tetapi menambah polis akan terus menyiasat lebih lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >