Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Dasar Encik Lee berdasarkan meritokrasi

Mar 23, 2015 | 06:28 PM



DASAR-dasar yang digubal mendiang Encik Lee Kuan Yew berlandaskan meritokrasi, peluang yang seimbang, pemerintahan yang bersih dan cekap serta pendidikan yang baik untuk semua, kata Menteri Ehwal Luar merangkap Undang-Undang K. Shanmugam.


Encik Shanmugam berkata seperti kebanyakan warga Singapura beliau juga telah meraih manfaat hasil daripada dasar-dasar mendiang Encik Lee.


Berkata demikian dalam laman Facebooknya, Encik Shanmugam berkata: "Encik Lee dan dasar-dasarnya memastikan bahawa latar belakang, warna kulit atau agama bukannya rintangan di sebalik pencapaian peluang.


"Saya mendapat pendidikan yang baik di sebuah sekolah rendah kejiranan, berjaya melangkah ke Institusi Raffles (RI), melayakkan diri ke sekolah undang-undang dan tiada masalah mendapatkan pekerjaan," katanya.


Menurut Encik Shanmugam, kisah kehidupan yang dialaminya semasa muda serupa dengan kisah kebanyakan warga Singapura.


Ini kerana kebanyakan warga Singapura, katanya, bermula 'secara kecil', tapi semua diberi pelung pendidikan yang baik, pekerjaan yang sempurna, dan perumahan yang lebih baik.


"Kebanyakan warga Singapura meraih manfaat. Bagaimana pencapaian kita, dan di mana kita berakhir, bergantung kepada usaha setiap individu serta sedikit nasib," ujar Encik Shanmugam yang dilahirkan pada March 1959, dua bulan sebelum Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi pilihan raya pada Mei 1959.


Menurut Encik Shanmugam, beliau kali pertama bertemu dengan Encik Lee ketika berusia 28 tahun.


Mendiang Encik Lee, katanya, merupakan salah seorang yang menemuramahnya sebelum mengambil keputusan untuk menamakan beliau selaku salah seorang calon pilihan raya.


"Beliau telah menyoal saya tentang pelbagai topik selama 45 minit.


"Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan," jelasnya lagi.


Beliau menganggap mendiang Encik Lee sebagai seorang yang praktikal, dan seorang lelaki yang serius.


Intektualnya yang tajam bermakna beliau menangani sebarang isu itu secara langsung ke akarnya.


Mendiang Encik Lee, kata Encik Shanmugam, tidak akan berbual kosong atau berpura-pura.


"Setiap detik nafasnya dihabiskan berfikir tentang Singapura dan warga Singapura," tambahnya.


Encik Shanmugam turut menyatakan mendiang Encik Lee merupakan pereka utama sistem yang menghasilkan transformasi besar Singapura.


Ini termasuk dari sudut estet perumahan, jalan raya yang bersih dan cekap, sistem bebas rasuah, sekolah-sekolah, universiti bertaraf dunia, pusat kewangan hebat, pekerjaan dan kualiti kehidupan baik yang dialami penduduk, hospital, sekitaran yang bersih menghijau selain Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) yang hampir seimbang dengan Malaysia yang merupakan sebuah negara lebih besar dengan jumlah penduduk yang lebih ramai serta jumlah sumber yang tinggi.


"Tidak ramai orang yang mampu membuat banyak perubahan dalam masa yang singkat. Tiada siapa lagi yang telah membina sebuah negara yang bermula tanpa apa-apa pun, dan ketika berhadapan dengan banyak pancaroba.


"Singapura tanpa Encik Lee Kuan Yew tidak akan sama," jelasnya yang turut menyelitkan beberapa sedutan ucapan mendiang Encik Lee dalam Facebook beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >