Shanmugam gesa elak Islamofobia
Menteri kongsi kebimbangan jika tidak ditangani, kesan boleh hancurkan 'jiwa dan semangat Singapura'
Mar 31, 2016 | 05:30 AM
INSIDEN pengganasan yang berlaku di serata dunia dibimbangi meninggalkan impak ke atas rakyat Singapura.
Berkongsi kebimbangan itu, Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata maklum balas menunjukkan sebahagian masyarakat majoriti bukan Islam mula membentuk sikap dan melihat Muslim dengan pandangan berbeza.