PENULARAN VIRUS WUHAN
Shanmugam hargai usaha pegawai imigresen bertugas bawah tekanan
Feb 02, 2020 | 05:30 AM
PARA pegawai imigresen Singapura telah bertugas dengan cemerlang walau di bawah tekanan sedang lebih banyak pemeriksaan diperkenalkan secara progresif bagi mengekang penularan koronavirus Wuhan, kata Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam.
"Kita telah melaksanakan langkah tambahan bagi memeriksa sejarah perjalanan dan tanda-tanda jangkitan...(walaupun) kita tidak mempunyai begitu ramai tenaga kerja tambahan, itu hakikatnya.