Shanmugam: Hati-hati akaun media sosial palsu guna identitinya
MENTERI Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, telah menasihatkan orang ramai agar berhati-hati berikutan kewujudan akaun Instagram dan Facebook palsu yang menyamar sebagai dirinya.
Dalam satu kiriman Facebook kelmarin, Encik Shanmugam, yang juga Menteri Undang-undang, berkata bahawa penduduk telah memberitahunya tentang akaun palsu itu.