Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Hati-hati sebar berita tidak benar tentang kes penculikan

Jan 22, 2018 | 05:57 PM



ORANG ramai perlu berhati-hati dalam menyebarkan cerita tidak benar dan menimbulkan rasa cemas yang tidak perlu, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, hari ini, di tengah-tengah dakwaan berlaku cubaan penculikan di sekolah antarabangsa di sini.



Minggu lalu, beberapa sekolah antarabangsa, terutamanya di kawasan Dover, menghantar surat kepada ibu bapa yang meminta mereka berwaspada selepas mendapat tahu pelajar diajak untuk menaiki kenderaan.



Dua kejadian di kampus United World College (UWC) Asia Tenggara di Dover dan Tanglin Trust School, yang dilaporkan kepada polis, kemudiannya didapati bukan percubaan menculik tetapi pemandu kenderaan sebenarnya cuba menawarkan pelajar itu menaiki kenderaan masing-masing.



Dalam satu pos di Facebook semalam, Encik Shanmugam menyatakan bahawa terdapat "cerita dan kebimbangan" mengenai dua pelajar perempuan yang ditawarkan menaiki kenderaan oleh orang yang tidak dikenali di kawasan Dover.



Dalam satu kejadian itu, seorang pelajar wanita sedang berjalan ke sekolah dari stesen MRT one-north apabila dia dihampiri dua orang dalam sebuah van putih - dikatakan dipandu oleh seorang wanita - yang menjemput dia masuk.



Encik Shanmugam berkata walaupun beberapa laporan media menyebut kejadian itu sebagai "ketakutan mengenai kes penculikan", ini tidak benar kerana "van itu menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk sekolah itu, (dan) membawa pelajar ulang alik dari sekolah".



Beliau menambah:



"Polis telah menyiasat kedua-dua kejadian dengan teliti, dan wawancara orang yang terlibat. Tiada percubaan menculik."



Encik Shanmugam menekankan walaupun penting bagi kanak-kanak diajar berwaspada apabila dihampiri orang yang tidak dikenali, ada juga keperluan untuk berhati-hati supaya tidak menyebarkan kisah yang tidak benar dan membimbangkan ibu bapa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >