Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Hubungan dan kerjasama pasukan polis serantau baik

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



HUBUNGAN antara pasukan polis di rantau ini adalah baik dan mereka bekerjasama dengan baik apabila bantuan diperlukan.



Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata demikian dalam satu catatan Facebook semalam semasa beliau bercakap mengenai kes satu pasangan yang didakwa terlibat dalam penipuan barangan mewah membabitkan barangan tidak dihantar bernilai $32 juta.



Pasangan itu, warga Singapura Pi Jiapeng, 26 tahun, dan warga Thailand, Pansuk Siriwipa, 27 tahun, melarikan diri Singapura pada 4 Julai, tetapi ditahan di Malaysia dan dibawa ke sini pada 11 Ogos.



Mereka telah didakwa di mahkamah.



"Saya sering berkata sebelum ini: satu, jika anda telah melakukan kesalahan, anda mungkin ditangkap; dua, apabila anda ditangkap, jika anda bersalah, maka fakta mungkin ditemui dan dibentangkan, dan anda mungkin didapati bersalah; dan tiga, anda mungkin menjalani hukuman itu," katanya.



"Pasukan polis kita mempunyai hubungan amat baik dengan pasukan polis serantau. Mereka menggunakan petunjuk dan bekerja rapat dengan rakan serantau mereka."



Pi dan Pansuk bertemu dalam aplikasi dating pada 2019 dan berkahwin pada 2020.



Susulan laporan polis mengenai kes mereka, Pi ditangkap pada 27 Jun dan pasportnya disita sebelum dibebas dengan ikat jamin.



Pansuk tidak ditangkap, tetapi membantu dalam siasatan polis dan telah menyerahkan pasportnya pada 30 Jun.



Pada 4 Julai, pasangan itu melarikan diri dari Singapura. Polis berkata pada 19 Julai bahawa waran tangkap dan notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap mereka.



Pada 10 Ogos, Polis Diraja Thai memaklumkan Pasukan Polis Singapura (SPF) bahawa pasangan itu mungkin menginap di sebuah hotel di Johor Bahru.



SPF kemudian meminta bantuan Polis Diraja Malaysia, yang kemudian menahan pasangan itu ketika mereka mendaftar masuk ke sebuah hotel di Skudai. Mereka dibawa ke Singapura pada 11 Ogos.



Pasangan itu didakwa pada 12 Ogos, dan masing-masing menghadapi dua tuduhan menipu dan satu lagi tuduhan meninggalkan Singapura secara haram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >