Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN - KENYATAAN MENTERI

Shanmugam: Hukuman lebih berat bagi tiga kesalahan seksual

Hasil satu semakan terhadap rangka kerja hukuman kesalahan seksual, mencedera sedang pemerintah ambil pendekatan tegas terhadap jenayah tersebut
Mar 06, 2021 | 05:30 AM



HUKUMAN lebih berat akan dikenakan terhadap tiga kesalahan seksual sedang pemerintah mengambil pendekatan tegas terhadap jenayah tersebut.



Ini hasil satu semakan terhadap rangka kerja hukuman kesalahan seksual dan mencedera, menyusuli beberapa kes dalam beberapa tahun lalu, dan perbincangan hangat tentang adakah denda bagi kes tersebut mencukupi.



Dalam kenyataan menterinya di Parlimen semalam, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam berkata pemerintah mengambil pendekatan yang tegas terhadap kesalahan seksual dan ganas.



"Berkenaan hukuman bagi pesalah dewasa yang melakukan kesalahan seksual dan mencedera, pendirian kami ialah hukuman itu mesti mencerminkan bahawa kelakuan tersebut amat menyinggung nilai asas kita.



"Rayuan untuk mengurangkan hukuman berdasarkan kelayakan pendidikan atau potensi akademik tidak harus diberi banyak pertimbangan," kata Encik Shanmugam.



Beliau mengumumkan semalam hukuman jel maksimum bagi kesalahan mencabul kehormatan telah dinaikkan daripada dua tahun kepada tiga tahun.



Ini sedang bilangan kes pencabulan kehormatan telah meningkat. Secara purata, sebanyak 1,190 kes sedemikian telah dilaporkan setiap tahun dari 2016 hingga 2020 - 24 peratus lebih tinggi berbanding tempoh 2011 hingga 2015.



Satu lagi kesalahan yang akan membawa hukuman lebih berat ialah kegiatan seksual di depan individu bawah umur, atau menunjuk imej seksual kepada individu yang berusia 14 hingga 16 tahun.



Hukuman maksimum bagi kesalahan ini akan dinaikkan daripada satu tahun kepada dua tahun.



Kegiatan seksual yang mengeksploitasi individu bawah umur, atau menunjuk imej seksual, kepada individu berusia 16 hingga 18 tahun, juga akan membawa denda lebih tinggi. Hukuman penjara bagi kesalahan ini akan dinaikkan daripada setahun kepada dua tahun.



Kesalahan-kesalahan ini juga berkaitan dengan komunikasi seksual bersama individu bawah umur, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.



Secara amnya, Pejabat Peguam Negara (AGC) juga akan menentang hukuman pemulihan bagi pesalah dewasa yang melakukan kesalahan seksual dan mencedera, kata Encik Shanmugam.



"Apabila pesalah dewasa, saya tekankan - dewasa - melakukan kesalahan seksual dan mencedera, keperluan bagi hukuman dan pencegahan yang setimpal harus diutamakan berbanding pemulihan," ujar Encik Shanmugam.



Namun, pengecualian boleh diberi dalam keadaan tertentu, contohnya kes melibatkan individu yang kurang daya intelek yang menyentuh seorang wanita.



Dalam kes seperti ini, hukuman melibatkan pemulihan mungkin lebih sesuai untuk mengurangkan kemungkinan individu tersebut mengulangi kesalahan tersebut.



Dengan perubahan yang akan diambil menyusuli semakan itu, hukuman yang lebih berat boleh dijangkakan.



Encik Shanmugam semalam memberi contoh kes seorang pelajar universiti berusia 22 tahun yang mencederakan bekas temanitanya pada Mei 2019. Dia telah meletakkan tangannya di leher wanita itu, mencekiknya dan menekan matanya.



Lelaki itu diberi Arahan Tahanan Pendek (SDO) 12 hari, Arahan Khidmat Masyarakat (CSO) selama 80 jam dan Arahan Melapor Setiap Hari (DRO) selama lima bulan.



Hukuman bagi kes itu sejajar dengan undang-undang waktu itu, kata Encik Shanmugam.



Namun, di bawah semakan terbaru dan peruntukan baru Kanun Jenayah, dia boleh dijel hingga enam tahun, denda $10,000 atau kededuanya.



Dia juga tidak akan akan layak bagi hukuman berdasarkan masyarakat.



Dalam satu kenyataan semalam, sayap wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengalu-alukan semakan kepada hukuman jenayah tersebut, dan menolak segala jenis keganasan terhadap wanita.



"Pesalah mesti dihukum sewajarnya tidak kira latar belakang, untuk mencerminkan ketidaksetujuan dan penolakan masyarakat terhadap tindakan mereka," menurut kenyataan itu.




"Berkenaan hukuman bagi pesalah dewasa yang melakukan kesalahan seksual dan mencedera, pendirian kami ialah hukuman itu mesti mencerminkan bahawa kelakuan tersebut amat menyinggung nilai asas kita. Rayuan untuk mengurangkan hukuman berdasarkan kelayakan pendidikan atau potensi akademik tidak harus diberi banyak pertimbangan."
- Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.




"Sedang perbincangan di peringkat masyarakat diteruskan mengenai cara kita boleh mendorong kemajuan wanita dan masyarakat, kita perlu mencetus perubahan minda seluruh masyarakat ke arah nilai kehormatan sebagai tunggak hubungan dan kerjasama antara wanita dan lelaki. Menjelang Hari Wanita Antarabangsa pada Isnin depan, saya ingin menegaskan kembali komitmen kita dalam menyokong wanita Singapura untuk mencapai lebih banyak kejayaan bagi diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakat kita. Hari ini, Singapura telah mengambil langkah penting ke arah yang betul."
- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengulas tentang semakan hukuman terhadap kesalahan seksual melalui posnya di Facebook.




SEMAKAN MENGENAI HUKUMAN KESALAHAN SEKSUAL DAN MENCEDERA



  • Naikkan hukuman maksimum bagi kesalahan berikut:

    (i) Cabul kehormatan

    (ii) Kegiatan seksual di depan individu bawah umur, atau tunjuk imej seksual kepada individu bawah umur (14-16 tahun)

    (iii) Kegiatan seksual yang eksploitasi, atau tunjuk imej seksual, kepada individu usia 16-18 tahun

  • AGC akan menentang hukuman pemulihan, seperti probesen dan hukuman berdasarkan masyarakat, bagi pesalah dewasa

  • Terbitan panduan mengenai hukuman di Singapura

  • Penubuhan Panel Penasihat Hukuman yang akan keluarkan panduan mengenai hukuman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >