Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam jelas sebab larangan dibuat kepada pengguna PMD

Nov 07, 2019 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, telah berjumpa dengan sekumpulan pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) untuk menjelaskan keputusan melarang PMD di laluan pejalan kaki baru-baru ini.



Dalam satu pos Facebook yang dimuatnaik semalam, Encik Shanmugam berkata beliau telah berjumpa sekitar 30 pengguna PMD semasa sesi bertemu penduduk.



Semasa pertemuan itu, beliau menjelaskan sebab-sebab larangan tersebut dibuat.



"Mereka menjelaskan kedudukan mereka, kesukaran mereka.



"Saya berkata saya memahami kedudukan mereka dan saya juga akan menyampaikan pandangan mereka kepada MOT (Kementerian Pengangkutan) dan kepada Kabinet.



"Para penunggang itu amat menghargainya," tulis Encik Shanmugam.



Beliau turut menambah bahawa satu lagi pertemuan akan diadakan.



Isu PMD menjadi perhatian kebelakangan ini apabila peraturan baru yang diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) melarang penggunaan PMD di laluan pejalan kaki.



Dalam pada itu, Encik Shanmugam berkata pertemuan dengan pengguna PMD telah diadakan di kawasan terbuka.



"Pada pertemuan itu kami perasan ada seseorang yang berdiri di belakang kami dan mengambil gambar, tak pasti sama ada beliau juga sedang merakam (video)," tulis Encik Shanmugam.



Orang yang dimaksudkan ialah Encik Edmund Loke, yang sebelum ini telah memfailkan petisyen dalam talian yang menggesa agar PMD dilarang.



"Nampak gaya beliau bukan sebahagian kumpulan PMD itu tapi seolah-olah bertujuan menyampaikan perkara kurang tepat tentang pertemuan itu - seakan-akan saya telah dikerumuni penunggang PMD, dan mereka mengelilingi saya," tambahnya.



Dalam posnya itu, beliau turut mendedahkan bahawa Encik Loke telah memuatnaik gambar yang diambil ke Facebooknya namun, pos tersebut kemudian dipadamkan.



"Kelakuan semacam itu adalah licik dan tidak perlu apabila kita cuba menangani isu dengan niat baik," tegas Encik Shanmugam.



Pos Encik Shanmugam itu yang mendapat lebih 2,000 reaksi dan sekitar 500 perkongsian petang semalam, juga menerima beratus komen daripada pengguna Facebook lain yang berkongsi pelbagai sudut pandangan berbeza.



Salah seorang daripada mereka, Cik Winnie Lim, berkata beliau menyokong larangan itu dan berterima kasih kepada LTA kerana mengambil keputusan tersebut.



Namun, terdapat pengguna Facebook lain seperti Cik Eleanore Lim Ching Shang, yang berkata beliau berharap larangan tersebut dapat dipertimbangkan semula.



"Penunggang yang bersalah hanya minoriti. Saya harap pelaksanaan larangan secara tiba-tiba ini dapat dipertimbangkan semula untuk membolehkan penunggang penghantaran yang menggunakan pengangkutan sebegini meneruskan tugas mereka.



"Sama seperti kereta dan pengangkutan lain di jalan raya, skim serupa (skim merit) boleh dilaksanakan untuk menggalakkan penunggang PMD mematuhi keselamatan," tulisnya.




"Mereka menjelaskan kedudukan mereka, kesukaran mereka. Saya berkata saya memahami kedudukan mereka dan saya juga akan menyampaikan pandangan mereka kepada MOT (Kementerian Pengangkutan) dan kepada Kabinet. Para penunggang itu amat menghargainya."
- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >