Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam kongsi e-mel bahaya ganja

Dec 11, 2020 | 05:30 AM



TERPENGARUH oleh paparan media menunjukkan penggunaan ganja sebagai tidak berbahaya dan cool, 'R' terjebak dalam kancah dadah dan ketagih bahan haram tersebut.



Kesal akan kesilapannya yang lalu itu, beliau telah mengirim e-mel kepada Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkongsi pengalamannya dengan harapan ia dapat menjadi iktibar kepada orang ramai terutama golongan muda.



Semalam, Encik Shanmugam berkongsi kiriman e-mel tersebut di Facebook, yang antara kandungannya berbunyi:



"Saya percaya ramai penyalah gunaan dadah seperti diri saya mula mencuba ganja disebabkan maklumat tidak tepat yang tersebar luas di media yang menunjukkan ia tidak berbahaya dan cool.



"Saya termakan kata-kata itu, begitu juga orang di sekeliling saya.



"Ia adalah fenomena global di mana orang di merata dunia berkongsi ideologi bahawa ganja tidak berbahaya dan 'semula jadi' untuk digunakan.



"Mereka tidak sedar bahawa ia menjejas kehidupan seharian serta kebolehan mereka membuat keputusan... saya rasa mereka hanya mengatakan demikian untuk membenarkan tindakan mereka sendiri menyalahgunakannya."



Baru-baru ini dilaporkan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengklasifikasikan semula ganja sebagai dadah kurang berbahaya.



Ini setelah Suruhanjaya PBB mengenai Dadah Narkotik mengundi mengeluarkan dadah ganja untuk perubatan atau yang sering disebut sebagai 'medical marijuana' daripada kategori dadah paling berbahaya.



Sebanyak 53 negara anggota suruhanjaya itu mengundi menerima salah satu daripada enam saranan mengenai ganja dan bahan berkaitan ganja yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Kebergantungan Dadah.



Penerimaan saranan itu bermakna ganja dan resin ganja tidak lagi disenaraikan bersama dadah paling berbahaya, seperti heroin.



Dalam e-melnya lagi, 'R' menyatakan bahawa ramai yang keliru dengan istilah 'ganja untuk perubatan'.



Menjelaskan dalam posnya, Encik Shanmugam menulis:



"Tetrahydrocannabinol (THC) dan Cannabidiol (CBD) - dua komponen utama dalam ganja - adalah perkara yang sangat berbeza.



"THC mempunyai kesan psikoaktif. Ia merupakan komponen yang menyebabkan ketagihan dan adalah berbahaya.



"CBD bukan psikoaktif. Ia merupakan komponen yang sesetengah pengkaji berkata terdapat penggunaan perubatan.



"CBD boleh diasingkan dan dicantumkan. Anda tidak memerlukan THC, anda tidak perlu mengambil ganja mentah."



Beliau menambah bahawa syarikat-syarikat perubatan cuba sedaya-upaya untuk menjadikan ganja mentah, yang mengandungi THC, dibenarkan di sisi undang-undang hanya demi keuntungan.



"Ini adalah perbuatan sinis apatah lagi mereka tahu orang awam akan terdedah pada bahaya," tekan Encik Shanmugam.



Komen tersebut serupa dengan apa yang pernah beliau kongsi, yang turut dilaporkan sebelum ini, bahawa kuasa wang membuat syarikat sedemikian "melihat keuntungan yang besar dan idea tidak baik bahawa ganja itu tidak berbahaya mula dipromosikan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >