Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam kunjungi Masjid Sultan, bazar

Jun 01, 2019 | 05:30 AM



MASJID Sultan dan Bazar Sultan telah menerima kunjungan istimewa kelmarin.



Ini selepas Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, membuat lawatan ke masjid itu dan berbuka puasa di sana atas undangan masjid tersebut.



Beliau turut ditemani oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin.



Sebelum waktu berbuka puasa, Encik Shanmugam telah mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah yang hadir.



Beliau turut berkesempatan berkunjung ke masjid dan melihat perkembangan pembangunanannya.



Menurut Pengurus Besar Masjid Sultan, Encik Zainal Abidin Omar, kali terakhir Encik Shanmugam berbuka puasa di masjid itu adalah sekitar dua tahun lalu.



"Semasa dua tahun lalu, beliau tidak berkesempatan meninjau kawasan masjid, jadi kali ini kami membawanya melihat antara lain dewan solat dan perkarangan masjid.



"Pihak masjid ada memberi sedikit taklimat atau penerangan tentang masjid dan perkembangan yang sedang berlaku.



"Beliau juga sempat bertemu dengan jemaah sebelum berbuka puasa," ujarnya.



Sementara itu, Encik Shanmugam turut melawat Bazar Sultan, yang berhampiran dengan masjid.



Beliau kemudian berinteraksi dengan peniaga, mahupun masyarakat awam yang datang berbelanja di bazar tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >