Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam lawat ahli bomba NS cedera

May 07, 2017 | 06:09 PM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, telah melawat anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang cedera dalam kejadian teksi meletup di Buona Vista baru-baru ini.



Pegawai itu, yang cuma ingin dikenali sebagai Koperal Eka Putra, tinggal bersama ibunya.



“Saya melawatnya di rumah dan bertemu beliau serta ibunya. Pegawai itu sedang beransur pulih.



“Mereka berdua sahaja yang tinggal di rumah itu. Bapa beliau sudah meninggal dunia dan adik-beradik lain pula berada di luar negara,” kata Encik Shanmugam dalam catatannya di Facebook semalam.



Menurut Encik Shanmugam, Koperal Eka berkongsi beliau merancang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal selepas tamat NS nanti.



“Lelaki dan wanita dalam Home Team mempertaruh nyawa mereka setiap hari untuk melindungi Singapura,” kata Encik Shanmugam.



Dalam kejadian pada 30 April lalu, Koperal Eka mengalami kebakaran tahap pertama pada muka dan leher setelah teksi Trans-Cab terbakar lalu meletup berdekatan dengannya.



Kejadian yang berlaku di Commonwealth Avenue dekat simpang North Buona Vista Road sekitar 2.15 petang itu dirakam beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian. 



Dalam video itu, Encik Eka, 20 tahun, dilihat berusaha memadam kebakaran pada teksi tersebut menggunakan sistem buih udara mampat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >