Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Shanmugam lawat China, pertingkat kerjasama undang-undang dua hala

Dec 09, 2019 | 07:36 PM

MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang, Encik K. Shanmugam membuat lawatan ke Shenzhen, Guangzhou dan Shanghai, China dari 5 hingga 13 Disember 2019.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) hari ini, Encik Shanmugam dijangka bertemu Menteri Undang-Undang China Fu Zhenghua di Guangzhou sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut.

Pertemuan pada 9 Disember itu bertujuan untuk mengesahkan hubungan dua hala terutama langkah penting dalam kerjasama undang-undang antara kededua negara itu.

Ini termasuk persetujuan antara Perdana Menteri China Li Keqiang dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada November 2018 untuk merangkumi kerjasama undang-undang dan kehakiman sebagai bidang kerjasama baru.

Berdasarkan persetujuan untuk meningkatkan tahap kerjasama tersebut, kededua menteri itu dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berkaitan Pertukaran dan Kerjasama antara Kementerian Undang-Undang dan Kementerian Kehakiman China.

Ia bertujuan untuk menubuhkan Majlis Undang-Undang Singapura-China yang akan bertemu setiap dua tahun di China atau Singapura.

Ini akan disertakan dengan mesyuarat antara kededua kementerian itu untuk mengendalikan aktiviti undang-undang di bawah naungan majlis tersebut.

Sebelum itu, beliau telah bertemu dengan beberapa menteri lain di China. 

Dalam satu pos di Facebook, Encik Shanmugam berkata: “Kami telah berbincang tentang hubungan rapat agensi kami dengan agensi di China. 

“Selain mengesahkan lagi hubungan persahabatan, kami juga bersetuju untuk bekerjasama dengan lebih rapat dalam latihan serta perkongsian pengalaman.” 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian