Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Layan orang lain sepertimana kita ingin dilayan

Dua pemimpin masyarakat turut beri pandangan mengenai pembatalan konsert Watain
Mar 10, 2019 | 05:30 AM



LAYAN orang lain sepertimana kita ingin dilayan.



Nasihat itu disampaikan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, semalam kepada hadirin dalam acara makan tengah hari yang diadakan di Singapore Recreation Club bagi menghargai sukarelawan kempen Dadah Itu Haram.



Encik Shanmugam menyampaikan nasihat itu ketika menyentuh isu pembatalan konsert 'Watain Live in Singapore' baru-baru ini.



Kumpulan Watain dikenali dengan pandangan mengagungkan syaitan dan anti-Kristian serta menyokong keganasan termasuk pembakaran gereja.



Ekoran larangan konsert tersebut, sebuah gambar yang kini tular memaparkan peminat kumpulan Watain menunjukkan jari tengah mengutuk keputusan larangan itu.



Ramai dalam gambar itu adalah lelaki Melayu.



Perkara seperti itu merupakan sensitiviti dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di sini.



"Kita perlu mendidik anak muda tentang kepentingan ini... Kita harus ajar mereka 'melayan orang lain sepertimana kita ingin dilayan'.



"Jika ada konsert seperti ini yang (mengutuk) Islam, sudah tentu kita tak akan biar ia berlangsung.



"Jika ada orang Cina mengutarakan perasaan kurang puas hati dan menunjukkan jari tengah dan mengatakan kita patut membenarkan konsert itu, bagaimana perasaaan anda?" ujar Encik Shanmugam.



Beliau menambah, gambar itu menular terutama dalam kumpulan-kumpulan Kristian di sini.



Oleh itu, penting bagi masyarakat Muslim memberitahu bahawa gambar itu tidak mewakili seluruh masyarakat Islam di sini, katanya.



"Kita harus sampaikan mesej bahawa ini bukanlah apa yang dirasakan masyarakat Muslim, tetapi hanya segelintir penyokong kumpulan black metal tersebut," ujar beliau.



Menyuarakan pandangan serupa, Presiden Persatuan Persuratan Pemuda-Pemudi Melayu (4PM), Encik Izuddin Taherally, ketika dihubungi berkata meskipun Singapura telah mencapai banyak dalam membina masyarakat berbilang agama yang harmoni, ia tetap satu proses berterusan.



"Agama kita mengajar kita menghormati agama lain, jadi hormat itu wujud secara dua hala.



"Kadang ada segelintir orang, malah jumlah itu sangat, sangat kecil, yang mungkin tidak faham bahawa tindakan mereka boleh menjejas keharmonian yang ada.



"Bagi saya, tindakan mereka adalah secara individu dan bukan mewakili sebarang masyarakat, agama mahupun kaum. Oleh itu, kita harus terus mendidik mereka supaya mereka sedar apa yang mereka lakukan mungkin kurang elok bagi keharmonian masyarakat," tegasnya.



Ketua Pegawai Eksekutif Pergas, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff, ketika dihubungi berkata:



"Langkah membatalkan konsert Watain merupakan satu tindakan yang sangat wajar. Setiap warga tidak kira agama juga harus berganding bahu dalam menjaga keharmonian agama dan perlu berhati-hati dari melakukan perkara yang boleh menimbulkan salah faham antara masyarakat di sini."



Komen Encik Shanmugam mengenai isu tersebut diberikan semasa membuat penyampaian di acara menghargai sukarelawan kempen Dadah Itu Haram.



Menyentuh isu penyalahgunaan dadah, Encik Shanmugam berkata:



"Kita harus mendekati generasi seterusnya. Jika seseorang menyalahgunakan dadah, anak-anaknya turut menderita. Kita harus hentikan ini."



Beliau menambah bahawa hampir 100,000 anggota masyarakat telah didekati melalui kempen itu dan berharap lebih banyak akan dilakukan di masa hadapan.




"Jika ada konsert seperti ini yang (mengutuk) Islam, sudah tentu kita tak akan biar ia berlangsung. Jika ada orang Cina mengutarakan perasaan kurang puas hati dan menunjukkan jari tengah dan mengatakan kita patut membenarkan konsert itu, bagaimana perasaaan anda?"
- Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.




"Langkah membatalkan konsert Watain merupakan satu tindakan yang sangat wajar. Setiap warga tidak kira agama juga harus berganding bahu dalam menjaga keharmonian agama dan perlu berhati-hati dari melakukan perkara yang boleh menimbulkan salah faham antara masyarakat di sini."
- Ketua Pegawai Eksekutif Pergas, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >