Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI

Shanmugam: Lebih banyak kamera polis dipasang serata negara

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH kamera polis yang bertambah di serata negara boleh mempertingkat penguatkuasaan dan membantu polis menghuraikan lebih banyak kes.



Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata kamera polis membantu menghuraikan lebih 4,900 kes di sini sehingga Disember lalu.



Sejak 2012, hampir 90,000 kamera polis telah dipasangkan di lokasi awam utama, estet perumahan, pusat kejiranan dan tempat letak kereta, kata Encik Shanmugam, bercakap di perbahasan belanjawan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) kelmarin.



"Tinjauan menunjukkan orang ramai berasa lebih selamat apabila kamera polis dipasang di tempat yang ketara di kejiranan mereka.



"Dalam beberapa tahun akan datang, lebih banyak kamera akan dipasangkan di serata pulau," kata Encik Shanmugam, yang berkata ini bergantung pada kemampuan negara untuk membiayai kos tersebut.



Encik Shanmugam juga membentangkan beberapa usaha agensi Home Team untuk menggunakan teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga manusia yang bertambah.



Menurut beliau, Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) telah membangun kepakaran bagi pusat data dan teknologi berasas keawanan dan akan memperluas bidang kuasa pusat operasi keselamatan yang menyediakan perlindungan sepanjang masa bagi sistem dan rangkaian.



Beliau berkata HTX perlu mengambil bekerja beberapa ratus saintis dan jurutera dalam tempoh beberapa tahun sementara Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memerlukan lebih banyak ambulans dan pegawai untuk menjawab panggilan kecemasan.



Polis juga perlu memperluas pengerahan pasukan tindak cepat untuk meronda tempat-tempat yang lebih banyak dikunjungi awam, supaya ia dapat memberikan respons pantas kepada serangan pengganas.



Lebih banyak pegawai siasatan juga diperlukan untuk menangani beban kerja lebih tinggi dan kes-kes lebih kompleks.



Mendapatkan pegawai tambahan akan membantu menangani jumlah kerja yang ada, kata Encik Shanmugam, memberi respons kepada Encik Murali Pillai (Bukit Batok).



Tambah beliau:



"Polis sedang mengadakan semakan bagi sistem, proses dan struktur supaya penyiasat mendapat sokongan lebih baik."



Polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB) juga sedang mendigitalkan siasatan dan sistem pengurusan kes mereka, kata Encik Shanmugam.



Ini termasuk menyelaras dan menjadikan automatik sistem-sistem tersebut, supaya pegawai boleh menggunakan maklumat dan kemas kini kes di luar pejabat, menjimatkan masa bagi kerja kertas dan tugasan pentadbiran.



SCDF juga akan menggunakan sensor dan proses automatik untuk pengurusan tenaga manusia, memberi respons dalam operasi dan semasa membuat keputusan.



Ciri-ciri ini akan dipasangkan di Balai Bomba Punggol yang sedang dibina.



Khidmat Penjara Singapura (SPS) juga sedang membangun alat jejak bekas banduan yang kelihatan seperti jam digital untuk menggantikan gegelang buku lali untuk mengurangkan stigma menyertai semula masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >