Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Lihat susunan semula media SPH di sebalik tekanan sejagat

May 08, 2021 | 08:06 PM



SEDANG bilangan pembaca surat khabar di Singapura meningkat, keuntungan telah terjejas kerana model perniagaan lama, yang sangat bergantung kepada pendapatan iklan, tidak lagi berkesan, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, pada Sabtu (8 Mei).


Tekanan ini dihadapi oleh surat khabar di seluruh dunia, dan telah melihat beberapa tajuk diambil alih oleh jutawan dan yang lain mendapat sokongan pemerintah, tambahnya.


Menteri itu berkata ini adalah konteks di mana rancangan penyusunan semula Singapore Press Holdings (SPH), yang akan melihat perniagaan medianya dipindahkan ke sebuah entiti bukan keuntungan, harus dilihat.


Beliau juga berkata adalah sangat penting untuk media mengekalkan kepercayaan masyarakat, kerana media yang tidak dipercayai akan membawa kepada pemerintah dan kepemimpinan politik yang tidak dipercayai.


“Kita harus mengekalkan kepercayaan dalam semua institusi kita, dan media harus memainkan peranannya dalam memastikan yang ia mengekalkan kepercayaan rakyat,” katanya.


Bercakap kepada wartawan di sebuah acara kemasyarakatan di kawasan undinya, Encik Shanmugam berkata: “Perniagaan media di kebanyakan negara berada di bawah tekanan. Banyak surat khabar di Eropah, Amerika Syarikat telah ditutup. Banyak lagi telah disusun semula, termasuk beberapa surat khabar antarabangsa yang terkenal.”


Beliau memberi contoh Chicago Tribune dan Denver Post, yang kedua-duanya perlu diselamatkan daripada jatuh muflis.


Yang lain, termasuk Washington Post dan South China Morning Post di Hong Kong, telah diambil alih oleh jutawan seperti Encik Jeff Bezos dari Amerika dan Encik Jack Ma dari China.


Dan pemerintah banyak negara – termasuk Perancis dan Australia – juga memberi sokongan kewangan kepada surat khabar, seperti Le Monde Perancis, kadang kala berjumlah ratusan juta euro.


“Mereka semua membantu media mereka,” kata Encik Shanmugam. “Anda tidak punya pilihan jika anda mahukan kewartawanan bermutu tinggi.”


Dalam kes Singapura, surat khabar SPH – yang merangkumi The Straits Times dan Lianhe Zaobao – telah melakukan “sangat baik” daripada segi jumlah pembaca.


“Jumlah pembaca telah meningkat, tetapi pada masa yang sama, keuntungan telah turun, menderita,” tambahnya. “Pendapatan iklan menjunam. Model perniagaan lama tidak berkesan.”


Menteri itu juga bercakap tentang pentingnya kepercayaan terhadap media, dengan berkata tinjauan bebas seperti Edelman Trust Barometer telah menunjukkan Singapura berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada negara maju lain – termasuk Amerika, United Kingdom (UK) dan Jepun – berkenaan topik ini.


Sekitar 62 peratus responden di Singapura mempercayai media untuk melakukan perkara yang betul, berbanding purata global sekitar 51 peratus.


Satu tinjauan tahun lalu oleh YouGov juga mendapati tujuh dalam 10 orang di sini mempercayai laporan media tempatan mengenai Covid-19, berbanding tiga dalam 10 orang di UK.


“Sekiranya media tidak dipercayai, itu pasti akan menyebabkan pemerintah dan kepemimpinan politik tidak dipercayai. Kemudian, kita semua habis jika itu berlaku,” kata Encik Shanmugam.


Menteri itu turut diminta pandangannya tentang komen ketua eksekutif SPH, Encik Ng Yat Chung, di sidang media bagi mengumumkan langkah itu, yang telah mencetuskan kekecohan dalam talian.


Encik Ng telah memberitahu wartawan yang mengajukan pertanyaan, bahawa beliau tersinggung dengan soalannya, dan video komennya itu menjadi tular.


Wartawan tersebut, dari CNA Digital Mediacorp, telah bertanya apakah SPH “kini akan beralih untuk menekankan integriti editorial, misalnya, di hadapan kepentingan pengiklan”.


“Kedua-dua wartawan yang mengajukan soalan itu, dan editornya, Walter (Fernandez), tahu bahawa mengambil wang daripada pengiklan tidak secara automatik bermakna kebebasan terjejas,” kata Encik Shanmugam.


“Sekiranya demikian, kebanyakan surat khabar di dunia tidak akan dianggap bebas kerana kebanyakan akhbar, malah, bergantung sepenuhnya kepada iklan.”


Beliau menambah soalan itu walaubagaimanapun tetap wajar, memandangkan wartawan akan prihatin tentang kebebasan mereka.


“Reaksi Encik Ng, dan cara beliau menjawab soalan itu, saya rasa sangat malang,” kata menteri itu.

“Kemarahannya boleh digambarkan dalam istilah yang lebih keras, tetapi saya mahu berhati-hati dan terkawal, kerana SPH adalah sebuah syarikat tersenarai, dengan pemegang saham, pengurusan, dan saya perlu berhati-hati.”


Secara berasingan, Encik Ng mengeluarkan kenyataan maaf mengenai perkara itu pada Sabtu.


Beliau memberitahu The Straits Times: “Saya telah memperjuangkan integriti editorial SPH Media yang lama dihargai dan akan terus melakukan demikian.


“Sebagai orang yang terus terang, saya meminta maaf di atas sebarang kesalahan yang saya mungkin telah sebabkan dan menyesali sebarang peralihan perhatian daripada merit penstrukturan semula yang diusulkan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >