Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam: Pemerintah gandakan usaha hentikan penipuan

Cabaran tetap sukar sebab wang bergerak melangkaui sempadan S'pura
Feb 28, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah menggandakan usaha untuk menghentikan aktiviti penipuan di sini, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, semalam.



Beliau berkata polis sedang berusaha untuk menghentikan transaksi tidak sah, tetapi cabarannya tetap sukar dengan wang bergerak melangkaui sempadan Singapura.



Ini selepas polis mendedahkan awal bulan ini bahawa mangsa di sini kerugian sekurang-kurangnya $633.3 juta tahun lalu, hampir 2.5 kali ganda daripada $268.4 juta yang dicuri penipu pada 2020.



"Kami telah menggandakan usaha. Polis mengambil lebih banyak kuasa untuk menghentikan jenis urus niaga tertentu tetapi anda tahu, kepelbagaian transaksi dan pendigitalan bermakna cabaran itu berkembang dengan pesat," kata Encik Shanmugam di sebuah acara di Kuil Sri Siva-Krishna di Marsiling.



Salah satu cabaran yang dihadapi ialah mendapatkan semula wang yang hilang akibat penipuan, terutama jika dalangnya berada di luar Singapura.



"Selalunya mereka (penipu) datang dari luar negara. Dan sebaik saja wang itu keluar, bagaimana anda hendak mendapatkannya semula? Wang itu dihalakan ke bidang kuasa berbeza-beza... Kita perlu membuat orang ramai memahami perkara ini dan syarikat telekomunikasi, bank, semua orang perlu berkumpul dan bekerja dengan pantas dan bekerja dengan berkesan," kata beliau.



"Saya akan katakan, ia satu cabaran hebat."



Untuk membantu mengurangkan kerugian mangsa, antara lain, polis pada 2019 menubuhkan Pusat Antipenipuan untuk memusatkan siasatan jenayah berkaitan penipuan.



Dilaporkan awal tahun ini bahawa polis bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain, seperti bank, untuk mendapatkan semula $160 juta daripada $700 juta wang yang dilenyapkan penipu daripada mangsa di sini.



Mereka juga membekukan lebih 24,000 akaun bank yang dipercayai digunakan oleh penipu.



Tetapi cara terbaik memerangi penipuan ialah dengan menghalangnya daripada berlaku, kata Encik Shanmugam.



Beliau menyenaraikan ScamShield - aplikasi mudah alih yang menapis mesej penipuan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan menyekat panggilan daripada nombor telefon yang digunakan dalam kes penipuan lain atau dilaporkan oleh pengguna ScamShield - dan kempen antipenipuan sebagai contoh.



"Sebilangan besar penipuan telah dihalang daripada berlaku melalui semua usaha ini," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >