Para pemimpin agama Singapura memahami dan menghargai pendirian pemerintah mengenai Baitulmakdis dan telah berusaha menenangkan masyarakat, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.
Beliau menekankan yang Singapura tidak mahu membawa masuk pertikaian antarabangsa ke negara ini dan menjejas warga setempat.