Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seminar

Shanmugam: Perbincangan tentang pengganasan kurang selesa, tapi berkesan beri daya tahan psikologi kepada Muslim S'pura

Oct 07, 2017 | 12:45 PM



PERHATIAN ditumpukan terhadap masyarakat Islam disebabkan perbincangan berleluasa pemerintah mengenai pengganasan ada kalanya membuat masyarakat Islam tidak selesa tetapi ia telah memberikan kesan dan daya tahan secara psikologi, menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam.



“Sejak dua tahun, walaupun ada kalanya ia tidak selesa, ia telah memberikan kesan. Jika hari ini anda bercakap dengan orang Islam ditemui di tepi jalan, mereka akan beritahu apa yang dapat diterima dan apa yang tidak. Kumpulan kecil yang mempunyai pandangan ekstrim juga lebih senyap. Saya rasa kita telah mencapai daya tahap psikologi dan sudah masanya kita bergerak untuk bercakap mengenai nilai,’’ kata Encik Shanmugam di Seminar Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Islam Singapura (Pergas) di Muis pagi tadi.



Mulai tahun depan, Encik Shanmugam berkata lebih banyak perhatian akan diberikan terhadap nilai dan identiti Singapura yang menjejas semua kaum dan mengurangkan perbincangan mengenai pengganasan yang membuat masyarakat Islam kurang selesa.



Dalam ucapannya, Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram menerangkan pentingnya mempromosikan pemahaman berkonteks dan amalan Islam yang sejajar dengan masyarakat Singapura berbilang kaum.



Semalam, Masjid Khadijah dan RRG telah melancarkan edisi khas Inabah yang menampilkan 15 artikel oleh anggota RRG bagi membasmi ideologi radikalisme.



Muis juga menerbitkan risalah dalam Bahasa Melayu bertajuk Keluarga Berdaya Tahan yang memberikan panduan bagi mengenal-pasti anak-anak yang terjebak dalam pengganasan.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >